{"id":5490,"date":"2025-07-20T10:02:33","date_gmt":"2025-07-20T02:02:33","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5490"},"modified":"2025-07-20T10:03:00","modified_gmt":"2025-07-20T02:03:00","slug":"waleed-khalid-mangkat-selepas-20-tahun-koma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5490","title":{"rendered":"Waleed Khalid mangkat selepas 20 tahun koma"},"content":{"rendered":"\n<p>RIYADH: Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal Al Saud yang dikenali sebagai &#8220;Putera Tidur&#8221; disahkan mangkat pada usia 36 tahun selepas mengharungi tempoh koma selama dua dekad susulan kemalangan tragik yang menimpanya pada 2005.<\/p>\n\n\n\n<p>Berita kemangkatan putera raja Arab Saudi pada Sabtu itu mencetuskan gelombang kesedihan di media sosial, dengan ribuan pengguna menyampaikan ucapan takziah dan doa buat keluarga diraja berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Putera Khalid bin Talal, bapa kepada Al-Waleed, mengesahkan pemergian anakandanya itu menerusi hantaran di platform X (dahulunya Twitter).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai,&#8221; tulisnya dalam hantaran penuh emosi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan hati yang reda terhadap ketentuan Allah dan penuh kesedihan, kami mengumumkan kemangkatan anakanda kami tercinta, Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal bin Abdulaziz Al Saud. Semoga Allah merahmatinya,&#8221; tambahnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Putera Khalid, solat jenazah akan diadakan hari ini, manakala majlis tahlil dan ziarah takziah akan berlangsung selama tiga hari \u2013 bermula hari ini hingga Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Al-Waleed dikenali ramai sebagai simbol ketabahan dan keimanan di Arab Saudi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menuntut di sebuah kolej ketenteraan pada 2005.<\/p>\n\n\n\n<p>Insiden itu menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma sejak usia 16 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun pelbagai usaha perubatan intensif telah dijalankan, termasuk rawatan daripada pakar-pakar dari Amerika Syarikat dan Sepanyol, keadaannya kekal tidak berubah.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, keluarga diraja tidak pernah putus harapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Putera Khalid sering berkongsi gambar anakandanya di sisi katil sebagai usaha meyakinkan orang ramai bahawa Al-Waleed masih diberi perhatian penuh dan kasih sayang.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 2019, harapan kembali menyinar apabila Puteri Rima binti Talal memuat naik video yang menunjukkan Al-Waleed menggerakkan kepala dari kiri ke kanan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang Maha Penyayang&#8230; Al-Waleed bin Khalid menggerakkan kepalanya. Segala puji bagiMu, ya Tuhan,&#8221; tulisnya dalam kapsyen video berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Nama Al-Waleed sekali lagi menjadi tular April lalu selepas satu lagi foto dikongsikan oleh Puteri Rima, yang turut meluahkan doa penuh kasih:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Wahai kekandaku tercinta, Al-Waleed bin Khalid, 21 tahun dan kamu sentiasa hadir dalam hati kami serta doa orang yang menyayangimu. Ya Allah, sembuhkanlah hambaMu ini &#8211; hanya Engkau mengetahui kelemahannya, wahai Tuhan langit dan bumi.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa bulan lalu, Putera Khalid memaklumkan perkembangan terkini apabila doktor mengesan bengkak pada kelenjar anakandanya, yang membawa kepada beberapa ujian lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada tahun 2020 pula, selepas 15 tahun dalam koma, satu detik mengharukan berlaku apabila Al-Waleed dilihat menggerakkan tangan \u2013 sekali lagi menyuntik harapan buat keluarga dan rakyat yang terus mendoakannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang 20 tahun koma, Al-Waleed bukan sekadar dikenali sebagai &#8220;Putera Tidur&#8221; tetapi menjadi lambang kekuatan jiwa, ketabahan keluarga dan harapan rakyat Arab Saudi terhadap kuasa Tuhan dan keajaiban.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemergiannya kini menutup sebuah kisah panjang yang penuh dengan keimanan, cinta dan pengharapan \u2013 namun legasi ketabahannya akan terus hidup dalam ingatan rakyat negara itu. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>RIYADH: Putera Al-Waleed bin Khalid bin Talal Al Saud yang dikenali sebagai &#8220;Putera Tidur&#8221; disahkan mangkat pada usia 36 tahun selepas mengharungi tempoh koma selama dua dekad susulan kemalangan tragik&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5489,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1492,1493,186,1169],"class_list":["post-5490","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-1492","tag-koma","tag-meninggal","tag-tahun"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5490","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5490"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5490\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5491,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5490\/revisions\/5491"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5490"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5490"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5490"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}