{"id":5465,"date":"2025-07-18T20:28:31","date_gmt":"2025-07-18T12:28:31","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5465"},"modified":"2025-07-18T20:29:05","modified_gmt":"2025-07-18T12:29:05","slug":"pas-yakin-tawan-pahang-pru16","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5465","title":{"rendered":"Pas yakin tawan Pahang PRU16"},"content":{"rendered":"\n<p>KUANTAN \u2013 Pas yakin rakyat Pahang bersedia memberikan mandat baharu kepada parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, gelombang sokongan rakyat terhadap Pas dan PN di negeri ini semakin jelas serta menunjukkan peningkatan yang ketara.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkembangan ini bukan sahaja dapat dilihat melalui kehadiran yang memberangsangkan dalam pelbagai program akar umbi, tetapi turut disokong oleh kajian bebas dan dapatan pemerhatian di lapangan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan sekadar itu sahaja, kita juga dapat melihat bahawa rakyat semakin menolak apa sahaja cakap-cakap atau penjelasan daripada kerajaan dalam sesuatu isu,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu, pola penolakan terhadap kerajaan Pahang pimpinan UMNO\u2013Pakatan Harapan (PH) semakin ketara dalam kalangan pengundi muda, penjawat awam dan masyarakat luar bandar yang dilihat semakin kecewa dengan prestasi kerajaan campuran tersebut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, situasi itu menyebabkan kerajaan negeri kini sedaya upaya cuba mewajahkan bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang kompeten.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApakah ini yang kerajaan negeri banggakan?\u201d soalnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, rakyat kini sedar bahawa retorik reformasi yang dijanjikan kerajaan semakin hambar apabila dasar yang diperkenalkan lebih menjurus kepada keputusan populis tanpa penyelesaian jangka panjang.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, tidak keterlaluan jika saya nyatakan bahawa Kerajaan Madani yang dibentuk daripada gabungan Pakatan Harapan dan UMNO gagal untuk menyantuni suara rakyat secara menyeluruh,\u201d ujarnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, Pas Teraju Pahang melalui Pas dan PN akan terus mendekati rakyat dengan pendekatan yang lebih jujur dan berprinsip, menawarkan solusi Islamik, dasar berpaksikan rakyat dan urus tadbir yang bersih.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeupayaan jentera Pas di kawasan dan cawangan menggerakkan dakwah, kebajikan dan advokasi membuktikan bahawa parti ini merupakan alternatif terbaik yang diyakini rakyat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGelombang ini adalah isyarat jelas bahawa rakyat mahukan kepimpinan yang berintegriti, cakna dan berani mempertahankan hak serta kebajikan rakyat, selari dengan nilai-nilai Islam yang menjadi teras perjuangan Pas,\u201d katanya. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN \u2013 Pas yakin rakyat Pahang bersedia memberikan mandat baharu kepada parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN)&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[68,82,1479],"class_list":["post-5465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-pahang","tag-pas","tag-tawan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5466,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5465\/revisions\/5466"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}