{"id":5380,"date":"2025-07-15T19:22:32","date_gmt":"2025-07-15T11:22:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5380"},"modified":"2025-07-15T19:59:14","modified_gmt":"2025-07-15T11:59:14","slug":"jambatan-baharu-marang-dijangka-siap-mac-2027","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5380","title":{"rendered":"Jambatan baharu Marang dijangka siap Mac 2027"},"content":{"rendered":"\n<p>MARANG: Jambatan Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer merentasi sungai Marang dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya menjelang Aidilfitri 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanti Linggi berkata, projek merangkumi pembinaan jambatan sepanjang kira-kira 220 meter dan jejambat merentasi bandar Marang sepanjang 680 meter serta kerja menaiktaraf jalan sejauh 1.5 kilometer itu membabitkan peruntukan sebanyak RM339 juta dimulakan sejak Disember 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Marang menggunakan kaedah penyesuaian kaedah permodelan maklumat bangunan (BIM) termasuk kerja menaiktaraf jalan kepada empat lorong dua hala.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jambatan Marang apabila siap Mac 2027 mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya dengan empat lorong dan dua hala dengan lebih efisien, selamat serta selesa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"703\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/image-full_normal1772865330103372991-1024x703.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-5382\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/image-full_normal1772865330103372991-1024x703.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/image-full_normal1772865330103372991-300x206.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/image-full_normal1772865330103372991-768x527.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/image-full_normal1772865330103372991.jpg 1100w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">JAMBATAN Marang yang baharu sepanjang 2.5 km sedang dalam pembinaan.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Setakat ini, projek ini sudah mencapai kemajuan fizikal 54.70 dan kemajuan kewangan sudah dibayar kepada kontraktor adalah kira-kira RM172 juta,&#8221; katanya kepada media di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Alexander meninjau kemajuan projek menaiktaraf Jambatan Marang yang merentasi Sungai Marang, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang turut hadir adalah Ketua Pengarah JKR, Datuk Roslan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Alexander berkata, pembinaan jambatan baharu itu juga direka bentuk bagi membolehkan kapal nelayan zon C menyusuri sungai dan tidak tersekat ketinggian jambatan yang sedia ada berusia lebih 55 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, jambatan Sungai Marang apabila siap nanti mampu menyuraikan masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu kemuncak dan musim cuti perayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Laluan itu juga apabila beroperasi mampu menjimatkan masa perjalanan dan merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat terutamanya membabitkan sektor nelayan serta logistik maritim,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG: Jambatan Marang membabitkan jajaran sejauh 2.5 kilometer merentasi sungai Marang dijangka siap dan dapat digunakan sepenuhnya menjelang Aidilfitri 2027. Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanti Linggi berkata, projek&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5383,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1445,560,173,875],"class_list":["post-5380","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-1445","tag-jambatan","tag-marang","tag-siap"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5380","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5380"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5380\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5384,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5380\/revisions\/5384"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5383"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5380"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5380"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5380"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}