{"id":5290,"date":"2025-07-11T20:34:35","date_gmt":"2025-07-11T12:34:35","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5290"},"modified":"2025-07-11T20:35:20","modified_gmt":"2025-07-11T12:35:20","slug":"kelantan-terus-rekod-statistik-tertinggi-penyalahgunaan-dadah-ahmad-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5290","title":{"rendered":"Kelantan terus rekod statistik tertinggi penyalahgunaan dadah &#8211; Ahmad Zahid"},"content":{"rendered":"\n<p>TANAH MERAH: Isu penyalahgunaan dadah di Kelantan masih membelenggu negeri itu apabila berterusan mencatatkan jumlah statistik tertinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata perkara itu bukan hanya disahkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebaliknya turut disahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, berdasarkan rekod seawal usia 10 tahun kini sudah ada yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah apabila terdapat pengedar yang memberi bekalan dadah secara percuma kepada mereka sehingga menimbulkan ketagihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, semua pihak sama ada agensi, Kerajaan Persekutuan dan negeri masing-masing tidak boleh menuding jari sebaliknya perlu bekerjasama menangani masalah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah Kebangsaan menegaskan isu dadah adalah menjadi tanggungjawab bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis juga merekodkan kes penyalahgunaan yang tinggi. Kita perlu ketepikan perbezaan sebaliknya sama-sama mencari jalan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dulu slogan dadah musuh nombor satu negara, namun kini seolah-olah sudah tidak kedengaran. Kemasukan dadah dalam pelbagai jenis terutama dadah sintetik yang dibawa masuk menerusi air (sungai dan laut),&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tanah Merah di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya dakwaan ada pihak mengatakan kekurangan pekerjaan di Kelantan menyebabkan ramai yang terjebak dengan dadah, Ahmad Zahid turut mengakui perkara itu kerana keadaan ekonomi terlalu rendah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam isu ini kerajaan negeri perlu bertanggungjawab dan kita di peringkat pusat akan membantu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya cadangan kerajaan negeri berhubung pembinaan tembok sempadan bagi mengekang kemasukan dadah, Ahmd Zahid turut memaklumkan ia bukan disebabkan tembok sempadan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika kita lihat Terengganu tiada tembok sempadan namun masalah dadah juga turut berlaku. Justeru ada faktor lain yang turut menyumbang kepada kemasukan dadah,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANAH MERAH: Isu penyalahgunaan dadah di Kelantan masih membelenggu negeri itu apabila berterusan mencatatkan jumlah statistik tertinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata perkara&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5289,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[136,227,244,1202,206],"class_list":["post-5290","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-dadah","tag-hamidi","tag-kelantan","tag-tertinggi","tag-zahid"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5290","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5290"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5290\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5291,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5290\/revisions\/5291"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5289"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5290"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5290"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5290"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}