{"id":5275,"date":"2025-07-11T14:16:10","date_gmt":"2025-07-11T06:16:10","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5275"},"modified":"2025-07-11T14:16:49","modified_gmt":"2025-07-11T06:16:49","slug":"guru-sebak-imbau-hilang-ayah-di-sungai-korok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5275","title":{"rendered":"Guru sebak imbau \u2018hilang\u2019 ayah di Sungai Korok"},"content":{"rendered":"\n<p>JITRA \u2013 Pemergian enam beranak dalam kejadian tragis di Sungai Korok, di sini mengimbau kembali cerita duka seorang guru yang kehilangan bapa tersayang di sungai sama, 37 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Nazriah Abd. Razak, 46, bapanya, Allahyarham Abd. Razak Osman terkorban pada usia 38 tahun di sungai tersebut bersama dua lagi rakannya berusia lingkungan 30-an pada 15 Jun 1988.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila jadi kejadian enam sekeluarga lemas itu, saya teringat kembali kisah hampir sama yang mana saya kehilangan ayah, juga akibat lemas di sungai tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKereta dinaiki ayah bersama dua lagi rakan terbabas ke dalam Sungai Korok ini dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas,\u201d katanya ketika ditemui di Sungai Korok, di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ketika kejadian berlaku, dia yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik baru berusia sembilan tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWaktu itu, ayah bersama dua rakan dalam perjalanan dari rumah di Felda Chuping, Perlis ke Alor Setar dan mahu singgah di Jitra sebelum kereta dinaiki terbabas ke dalam Sungai Korok kira-kira pukul 6 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami dimaklumkan tentang kejadian pada pukul 8 pagi oleh dua anggota polis yang datang ke rumah. Mak (Khatijah Abdullah, 72) yang ketika itu berusia 35 tahun terus pengsan sebaik mendapat tahu ayah sudah tiada,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dia difahamkan mayat bapanya berada di tempat duduk penumpang belakang kereta yang terbabas itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJenazah bapa kemudian dibawa ke Pokok Sena, dekat sini untuk dikebumikan. Kejadian memberi kesan trauma kepada kami sekeluarga terutama mak dan adik bongsu yang ketika itu berusia dua tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMak dan adik bongsu terpaksa dibawa berubat dan mereka ambil masa hampir setahun untuk pulih seperti biasa,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ceritanya, dia sempat berbual dengan bapanya sebelum arwah keluar dari rumah pada hari kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPagi itu saya tak pergi sekolah kerana demam, saya tanya ayah nak pergi kerjakah? Ayah kata kalau saya tak demam, boleh ikut ayah. Ayah kata tak usah ikutlah sebab ayah nak pergi jauh, itu yang saya ingat sangat,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ibunya enggan mengikuti kejadian yang mengorbankan enam sekeluarga itu dan hanya beritahu dia sedih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAyah saya pergi sudah lama tetapi kejadian tragis baru-baru ini menyebabkan saya sekeluarga sebak dan teringatkan ayah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya membayangkan keadaan mereka terutama anak-anak kecil dan bayi semasa kejadian. Ayah saya yang merupakan orang dewasa pun tak dapat selamatkan diri, inikan pula anak-anak kecil. Walau apa pun saya reda dengan ketentuan Ilahi ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, setiap kali menggunakan laluan di Sungai Korok itu, dia dan ibunya pasti akan teringatkan kembali kejadian yang meragut nyawa bapanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya memang akan berhati-hati bila guna jalan ini sebab laluan ini gelap bila malam, selain jalan lurus yang mungkin boleh menyebabkan microsleep,\u201d katanya. &#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JITRA \u2013 Pemergian enam beranak dalam kejadian tragis di Sungai Korok, di sini mengimbau kembali cerita duka seorang guru yang kehilangan bapa tersayang di sungai sama, 37 tahun lalu. Menurut&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5274,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[202,1380,64,725],"class_list":["post-5275","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-ayah","tag-korok","tag-lemas","tag-sungai"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5275","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5275"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5275\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5276,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5275\/revisions\/5276"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5274"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5275"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5275"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5275"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}