{"id":5252,"date":"2025-07-10T10:58:07","date_gmt":"2025-07-10T02:58:07","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5252"},"modified":"2025-07-10T10:58:40","modified_gmt":"2025-07-10T02:58:40","slug":"tun-m-legasi-satu-abad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5252","title":{"rendered":"Tun M: Legasi satu abad"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Satu abad, seribu cerita. Itu gambaran buat insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), seorang negarawan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, beliau adalah anak bongsu daripada sembilan beradik yang lebih mesra dipanggil Che Det.<\/p>\n\n\n\n<p>Dibesarkan dalam keluarga guru, Tun M mewarisi sifat disiplin tinggi dan semangat menuntut ilmu sejak kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai doktor kerajaan pada awal kerjayanya, beliau kerap merawat rakyat marhain dan pengalaman dilalui membuka matanya terhadap keperitan hidup orang Melayu ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981 bagi menggantikan Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn sebelum kembali memimpin negara pada 2018.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh ketika itu menjadikan beliau sebagai pemimpin tertua di dunia yang memegang jawatan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tempoh menerajui negara, banyak sumbangan diberikan dengan salah satu legasi terbesar adalah Dasar Pandang Ke Timur selain Wawasan 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Tun M juga diuji apabila berdepan krisis kewangan Asia sekitar 1997-1998.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, meskipun usia mencecah 100 tahun, Tun M masih aktif menulis buku, pelbagai platform di media sosial, hadir ke forum dan berkongsi pandangan mengenai pelbagai topik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Al-Amril Othman berkata, rahsia di sebalik kekuatan tubuh dan minda Tun M terletak pada gaya hidupnya yang sederhana, tetapi penuh disiplin sejak kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sikap Tun M yang sentiasa mengisi masa dengan perkara bermanfaat menjadi kunci kepada kesihatan fizikal dan mentalnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun beliau seorang doktor, saya percaya disiplin tinggi dalam diri Tun M bukan sekadar daripada latar belakang perubatan, tetapi didikan keluarga dan beliau dibiasakan berdikari sejak kecil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau kita berada dalam kapal terbang, mungkin ramai yang berehat, tetapi Tun M memilih untuk membaca dan menulis. Inilah kelebihan yang jarang kita lihat pada orang lain,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pakar bidang sejarah politik Malaysia moden itu berkata, selain mengamalkan gaya hidup aktif, Tun M juga menjaga pemakanan dengan baik dan sentiasa berusaha memastikan tubuhnya kekal sihat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi saya, disiplin dan cara Tun M menjaga diri adalah sesuatu yang boleh dijadikan teladan kepada masyarakat, terutama generasi muda,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas sumbangan kepada negara, pakar bidang sejarah politik Malaysia moden itu secara ringkas berkata, jasa Tun M tetap diingati sebagai sebahagian sejarah kepimpinan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, Tun M adalah pemikir yang membawa lonjakan dalam beberapa dasar atau polisi sepanjang 22 tahun dan 22 bulan mentadbir negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, sebagai Bapa Pemodenan, beliau mengubah Malaysia daripada negara sedang membangun kepada pesat membangun melalui projek mega yang fizikalnya mengubah pemetaan Malaysia di mata dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini termasuk KLCC, KLIA, penganjuran sukan berprestij dunia seperti F1 di Litar Sepang, PROTON, Lebuhraya PLUS dan Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Wawasan 2020 diilhamkannya pula membawa keyakinan ke atas negara. Begitu juga semangat &#8216;Malaysia Boleh&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semua ini juga dilakukannya atas prinsip &#8216;Kepimpinan Melalui Teladan&#8217; dengan disiplin diri yang membolehkan beliau kekal sebagai negarawan,&#8221; katanya. &#8211; Harian Metro<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Satu abad, seribu cerita. Itu gambaran buat insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), seorang negarawan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 hari ini. Dilahirkan pada 10&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5251,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1363,612,1169,1400,1018],"class_list":["post-5252","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-1363","tag-mahathir","tag-tahun","tag-tun","tag-umur"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5252","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5252"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5252\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5253,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5252\/revisions\/5253"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5251"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5252"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5252"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5252"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}