{"id":5100,"date":"2025-07-04T17:13:57","date_gmt":"2025-07-04T09:13:57","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5100"},"modified":"2025-07-04T17:15:01","modified_gmt":"2025-07-04T09:15:01","slug":"cukuplah-bersedih-mulakan-gerak-kerja-sekarang-untuk-menang-pru-16-noraini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5100","title":{"rendered":"&#8216;Cukuplah bersedih, mulakan gerak kerja sekarang untuk menang PRU-16&#8217; &#8211; Noraini"},"content":{"rendered":"\n<p><br>Hulu Terengganu: Ahli UMNO Terengganu perlu memulakan gerak kerja dari sekarang dan bukannya terus bersedih dengan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata semua ahli UMNO khususnya Wanita UMNO perlu bangkit semula untuk mendekati serta memenangi hati pengundi dan bukannya menunggu pada saat-saat akhir.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semua sayap, Wanita, Pemuda dan Puteri kena mulakan gerak kerja dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kena kerja kuat. Perlu sentiasa turun padang dekati, ramah mesra dengan pengundi. Bukan hanya Wanita, semua sayap parti dipelbagai peringkat perlu bekerja kuat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum ini kita pernah menang, tidak mustahil hasil usaha dari awal dilakukan, pada PRU akan datang kita boleh menang semula,&#8221; katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Noraini berkata, BN perlu kembali dan berusaha dan ketepikan perbezaan pendapat yang berlaku dalam parti untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu katanya, ketiga-tiga sayap parti perlu &#8216;mengharmonikan&#8217; peranan masing-masing bagi memastikan rakyat di pelbagai peringkat dapat disantuni dengan baik serta terus dapat dijaga erat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, Pergerakan Wanita mungkin boleh meneruskan gerak kerja dengan menyantuni rakyat dari rumah ke rumah manakala sayap Pemuda serta Puteri pula bergerak dengan pelbagai strategi kempen termasuk di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ikut sebagaimana strategi yang telah dirancang,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Rozi dalam ucapan berkata, semua ahli tidak menoleh ke belakang dan perlu terus bergerak untuk menang pada PRU akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang lepas jangan dikenang, kita perlu kuat dan setia bersama parti dan jangan sesekali khianati parti&#8221; katanya. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hulu Terengganu: Ahli UMNO Terengganu perlu memulakan gerak kerja dari sekarang dan bukannya terus bersedih dengan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5099,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[1338,43,54],"class_list":["post-5100","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-berssdih","tag-terengganu","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5100","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5100"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5100\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5101,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5100\/revisions\/5101"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5099"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5100"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5100"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5100"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}