{"id":5068,"date":"2025-07-03T15:58:55","date_gmt":"2025-07-03T07:58:55","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5068"},"modified":"2025-07-03T15:59:43","modified_gmt":"2025-07-03T07:59:43","slug":"sekat-kenderaan-di-lebuh-raya-polis-tahan-suspek-ejen-tarik-kereta-buka-3-kertas-siasatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5068","title":{"rendered":"Sekat kenderaan di lebuh raya: Polis tahan suspek ejen tarik kereta, buka 3 kertas siasatan"},"content":{"rendered":"\n<p>REMBAU: Polis membuka tiga kertas siasatan dan menahan seorang lelaki disyaki pemilik sebuah daripada tiga kereta yang berhenti melintang untuk menghalang laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Hentian Sebelah Pedas Linggi sebagaimana dipaparkan dalam rakaman video tular sejak semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Hasani Hussain, berkata suspek berusia 50-an itu ditahan di sekitar Seremban kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami sedang memburu suspek lain yang masih bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hasil siasatan awal mendapati suspek adalah ejen tarik kereta. Mereka dipercayai menahan kenderaan kerana mahu menarik sebuah kereta.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka dikatakan tahan (menghalang laluan) sekejap saja,&#8221; katanya ketika dihubungi, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara cuai atau melulu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan orang awam, yang membawa hukuman penjara hingga satu bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengendalikan kenderaan dengan cara menyusahkan pengguna jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh digantung lesen memandu hingga 12 bulan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasani menegaskan pihak polis memandang serius sebarang tindakan mengganggu kelancaran trafik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain, terutama di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tindakan sedemikian bukan saja melanggar undang-undang, malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>REMBAU: Polis membuka tiga kertas siasatan dan menahan seorang lelaki disyaki pemilik sebuah daripada tiga kereta yang berhenti melintang untuk menghalang laluan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5067,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[472,454,105,1327,207],"class_list":["post-5068","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-kenderaan","tag-lebuhraya","tag-polis","tag-sekat","tag-siasat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5068","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5068"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5068\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5069,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5068\/revisions\/5069"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5067"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5068"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5068"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5068"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}