{"id":5004,"date":"2025-07-01T14:21:47","date_gmt":"2025-07-01T06:21:47","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5004"},"modified":"2025-07-01T14:24:19","modified_gmt":"2025-07-01T06:24:19","slug":"apa-yang-berkuat-kuasa-hari-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5004","title":{"rendered":"Apa yang berkuat kuasa hari ini?"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa hari ini, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelarasan itu meliputi perubahan kategori pengguna yang terbahagi kepada domestik dan bukan domestik berdasarkan penggunaan voltan sama ada voltan rendah sederhana dan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Suruhanjaya Tenaga (ST), pelarasan kadar purata tarif asas ditentukan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik bagi tempoh Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), dan ditetapkan pada kadar 45.40 sen\/kWj berbanding 45.62 sen\/kWj yang diluluskan pada Disember 2024, menjadikan purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan hingga 19 peratus berbanding tempoh RP3.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula hari ini juga, kerajaan turut menguatkuasa tiga pindaan utama kepada peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), pindaan itu membabitkan pengecualian cukai jualan ke atas buah-buahan import terpilih seperti epal, oren, limau mandarin dan kurma sebagai sebahagian daripada buah-buahan import terpilih yang dikecualikan daripada rejim percukaian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pindaan lain membabitkan kenaikan ambang jualan tahunan bagi pendaftaran cukai perkhidmatan, serta pembatalan cadangan peluasan cukai perkhidmatan kepada sektor kecantikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi perkhidmatan perbankan, ia turut akan dikenakan SST lapan peratus namun hanya tertakluk kepada perkhidmatan tertentu, bukannya asas yang biasa digunakan orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkhidmatan perbankan asas yang membabitkan fi atau komisen seperti akaun semasa (akaun cek), akaun simpanan, atau akaun serupa termasuk e-dompet, tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah fasa 1 peluasan skop cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa esok, cukai perkhidmatan akan dikenakan hanya kepada perkhidmatan perbankan perbendaharaan, korporat dan pelaburan terpilih seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A panduan cukai perkhidmatan mengenai perkhidmatan kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mulai hari ini, pemandu dan penumpang&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2025\/06\/1413629\/pemandu-penumpang-bas-ekspres-persiaran-wajib-pakai-tali-pinggang\">bas ekspres serta bas pesiaran<\/a>&nbsp;diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pemandu perlu memastikan semua penumpang memakai tali pinggang keledar. Mereka yang ingkar akan dikenakan kompaun RM300.<\/p>\n\n\n\n<p>Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas dibina selepas Januari 2020, manakala bas dibina sebelum 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa hari ini, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung bakal menikmati kadar tarif elektrik lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu. Pelarasan itu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5003,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1305,995,1306,1066],"class_list":["post-5004","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-berkuat","tag-hari","tag-ini","tag-kuasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5004","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5004"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5004\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5006,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5004\/revisions\/5006"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5003"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5004"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5004"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5004"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}