{"id":4967,"date":"2025-06-30T09:54:09","date_gmt":"2025-06-30T01:54:09","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4967"},"modified":"2025-06-30T09:56:03","modified_gmt":"2025-06-30T01:56:03","slug":"buaya-jinak-minta-makanan-dari-nelayan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4967","title":{"rendered":"Buaya jinak minta makanan dari nelayan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUCHING: Seekor buaya besar yang diberi nama &#8216;Butit&#8217; menarik perhatian ramai apabila kelibatnya sering dilihat berdekatan jeti nelayan di Samalaju, Bintulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, kehadiran buaya itu bukanlah asing kerana reptilia itu sering muncul di kawasan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak Sabtu lalu tular rakaman di media sosial, memperlihatkan buaya itu timbul di jeti dipercayai menunggu nelayan melemparkan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam video berdurasi 10 saat itu, jelas kedengaran suara seorang nelayan seolah-olah berkomunikasi dengan reptilia itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Besar gelombang, sik ada ikan berik dengan kau Butit. Pandei-pandeilah kau beridup Tit. (Ombak besar, tiada ikan untuk kamu. Pandai-pandailah kamu mencari makanan sendiri Butit),&#8221; kata lelaki itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Buaya itu kelihatan tenang ketika lelaki terbabit merakam video menggunakan telefon bimbitnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Buaya jinak dan &#8216;mesra&#8217; dengan nelayan bukan perkara baharu di Sarawak kerana sebelum ini, perkara sama turut berlaku di Kampung Jaya Bakti atau Loba Cermin di Matang, Kuching.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun jinak dan tidak pernah mengancam penduduk, buaya yang dikenali sebagai &#8216;Bujang Cermin&#8217; itu sudah dipindahkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan ditempatkan Pusat Hidupan Liar, Semenggo. &#8211; Berita Harian<br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n\n\n<p>H<strong>ilang ketika cari durian<\/strong> di dusun<\/p>\n\n\n\n<p>GEORGE TOWN \u2013 Seorang warga emas dilaporkan hilang ketika mencari buah durian di dusun yang terletak di Changkat Sungai Ara di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>-Advertisement-<\/p>\n\n\n\n<p>Mangsa yang dikenali sebagai Daud, 65, sehingga kini masih gagal ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p>Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan daripada pasukan polis pada pukul 6.04 petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Komander Operasi, Mohamad Hirman Mat Rodzi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita menerima maklumat terdapat seorang mangsa hilang di hutan ketika aktiviti mencari buah durian di dusun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOperasi pencarian dilakukan bersama pihak polis dan AngkatanPertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan mangsa hilang namun sehingga pukul 9 malam tadi mangsa masih belum dijumpai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHasil perbincangan bersama pihak polis dan agensi lain, operasi pencarian ditangguhkan pada pukul 8 malam tadi dan akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok,\u201d katanya di sini sebentar tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya lagi, pihaknya dimaklumkan yang pencarian dari pihak polis dan sumber lain masih diteruskan menerusi maklumat dari keluarga mangsa. &#8211; Kosmo<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUCHING: Seekor buaya besar yang diberi nama &#8216;Butit&#8217; menarik perhatian ramai apabila kelibatnya sering dilihat berdekatan jeti nelayan di Samalaju, Bintulu. Difahamkan, kehadiran buaya itu bukanlah asing kerana reptilia itu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4966,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[171,1285],"class_list":["post-4967","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-buaya","tag-jinak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4967","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4967"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4967\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4968,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4967\/revisions\/4968"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4966"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4967"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4967"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4967"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}