{"id":4958,"date":"2025-06-29T18:57:43","date_gmt":"2025-06-29T10:57:43","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4958"},"modified":"2025-06-29T18:58:11","modified_gmt":"2025-06-29T10:58:11","slug":"pesara-tentera-meninggal-dunia-ketika-solat-dhuha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4958","title":{"rendered":"Pesara tentera meninggal dunia ketika solat Dhuha"},"content":{"rendered":"\n<p>BUTTERWORTH: Seorang pesara Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat sunat Dhuha di Masjid Jamek Sungai Puyu di sini, pagi kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Allahyarham Zulkifli Ahmad, 50, yang juga Ahli Persatuan Veteran TUDM, dikatakan singgah di masjid itu untuk menunaikan solat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, mangsa dilaporkan rebah dan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 10.45 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian disedari beberapa ahli kariah yang kebetulan menyertai satu program keagamaan di situ.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli kariah, Adnan Mohd Farok, 44, berkata beliau yang baru tiba di masjid itu melihat jemaah sedang mengerumuni arwah yang sudah tidak sedarkan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di masjid ini memang kerap ada program keagamaan dan kebetulan ketika kejadian ada majlis pengajian untuk muslimat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika itu, ada ahli kariah ternampak arwah dalam keadaan bersujud terlalu lama hingga timbul rasa pelik dan pergi menghampirinya sebelum dia tiba-tiba rebah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Beberapa ahli kariah kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati beliau sudah meninggal dunia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Adnan berkata, walaupun mengenali sosok Allahyarham Zulkifli, namun mengetahui bahawa arwah banyak mengikuti program keagamaan bersama kumpulan tabligh yang disertainya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Arwah yang saya dengar dari orang sekeliling banyak sertai program dengan kumpulan tabligh dan masjid ini adalah salah satu masjid yang kerap dia singgah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Waktu kejadian, dia sedang menunaikan solat sunat Dhuha yang pemergiannya amat dicemburui, apatah lagi rakan-rakan yang mengenalinya menyifatkan dia seorang yang sangat baik dan banyak membantu mereka memerlukan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, Allahyarham Zulkifli yang menyewa di sebuah rumah dekat Telok Ayer Tawar di sini meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenazah dibawa pulang ke kampung halamannya di Batu Kurau, Perak dan selamat dikebumikan selepas Solat Asar, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, kisah kematian Allahyarham Zulkifli dikongsi Adnan menerusi akaun media sosial miliknya sehingga mendapat perhatian netizen kerana mencemburui pemergiannya ketika sedang beribadat. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BUTTERWORTH: Seorang pesara Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat sunat Dhuha di Masjid Jamek Sungai Puyu di sini, pagi kelmarin. Terdahulu, Allahyarham Zulkifli Ahmad, 50,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4957,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1280,333,780],"class_list":["post-4958","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-dhuha","tag-mati","tag-solat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4958","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4958"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4958\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4959,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4958\/revisions\/4959"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4957"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4958"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4958"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4958"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}