{"id":4901,"date":"2025-06-27T13:11:21","date_gmt":"2025-06-27T05:11:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4901"},"modified":"2025-06-27T13:12:03","modified_gmt":"2025-06-27T05:12:03","slug":"lima-pelajar-mrsm-besut-direman-tiga-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4901","title":{"rendered":"Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Terengganu: Lima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Besut direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes buli seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tiba di pekarangan Mahkamah Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Perintah reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Ruhainis Mohd Roslan.<\/p>\n\n\n\n<p>Suspek terdiri daripada empat pelajar tingkatan tiga dan seorang tingkatan lima itu ditahan reman sehingga Ahad bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar tingkatan dua jam 6.48 petang pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad@Abu dilaporkan berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 14 tahun mendakwa diarahkan membuat kedudukan separa mencangkung sambil diletakkan selipar di atas kepala selama kira-kira 40 minit.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa turut mendakwa ditumbuk di bahagian perut serta ditampar oleh beberapa pelajar tingkatan tiga ketika berada di asrama putera maktab berkenaan sekitar jam 11.30 malam pada Selasa lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di perut, rusuk dan belakang badan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kejadian itu disedari oleh warden yang sedang bertugas sebelum membawa semua yang terbabit ke pejabat warden.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Penjaga mangsa kemudian dihubungi dan mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kesemua suspek ditahan pada Khamis untuk tindakan lanjut,&#8221; katanya. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Terengganu: Lima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Besut direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes buli seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4900,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[611,104,546,359,1095],"class_list":["post-4901","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-buli","tag-mahkamah","tag-mrsm","tag-pelajar","tag-reman"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4901","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4901"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4901\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4902,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4901\/revisions\/4902"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4900"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4901"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4901"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4901"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}