{"id":4862,"date":"2025-06-26T11:11:31","date_gmt":"2025-06-26T03:11:31","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4862"},"modified":"2025-06-26T11:13:12","modified_gmt":"2025-06-26T03:13:12","slug":"pas-beri-amaran-ambil-tindakan-disiplin-ahli-pertikai-pelantikan-leftenan-jeneral-atm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4862","title":{"rendered":"Pas beri amaran ambil tindakan disiplin ahli pertikai pelantikan Leftenan Jeneral ATM"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM &#8211; Pas melahirkan rasa kesal dengan kenyataan dikeluarkan seorang pemimpin Pas Kawasan yang mempersoalkan pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pandangan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad itu bukan hanya tidak mewakili parti, malah bertentangan dengan dasar dan Perlembagaan Pas.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sikap perkauman atau rasisme dalam apa jua bentuk dan warnanya tidak ada tempat dalam Pas, selain tidak cocok dengan budaya besar dan cita-cita kebangsaan negara ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral ATM adalah peristiwa bersejarah yang sepatutnya diraikan oleh semua rakyat, bukannya dipersoal dan diperlekeh semata-mata kerana latar belakang kaumnya,&#8221; katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, media melaporkan Zaharuddin mempersoalkan pelantikan Johny Lim sebagai Leftenan Jeneral ATM semata-mata hanya kerana beliau berketurunan Cina.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kebolehan, pencapaian, kemajuan dan kejayaan mana-mana anak Malaysia dalam apa jua bidang adalah berita gembira untuk semua, bukan sebaliknya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Berikutan itu, Pas akan terus memberi peringatan supaya ahlinya kekal cermat dan berhati-hati dalam sebarang tindakan masing-masing.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Justeru Pas tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli-ahlinya yang melanggar disiplin parti termasuk tingkah laku tidak sensitif yang mencemari cita-cita perpaduan negara dan menimbulkan rasa tidak harmoni serta syak wasangka dalam masyarakat,&#8221; katanya. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM &#8211; Pas melahirkan rasa kesal dengan kenyataan dikeluarkan seorang pemimpin Pas Kawasan yang mempersoalkan pelantikan Datuk Johny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baharu.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4861,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[1243,1057,82],"class_list":["post-4862","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-cina","tag-lantikan","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4862","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4862"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4862\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4863,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4862\/revisions\/4863"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4861"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}