{"id":4847,"date":"2025-06-25T20:21:51","date_gmt":"2025-06-25T12:21:51","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4847"},"modified":"2025-06-25T20:22:25","modified_gmt":"2025-06-25T12:22:25","slug":"rakyat-kelantan-makan-100000-ayam-sehari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4847","title":{"rendered":"Rakyat Kelantan makan 100,000 ayam sehari"},"content":{"rendered":"\n<p><br>PASIR MAS \u2013 Rakyat Kelantan dianggarkan memakan lebih 100,000 ekor ayam setiap hari, menjadikan keperluan bekalan ayam antara cabaran utama dalam usaha memperkukuhkan keterjaminan makanan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sebahagian bekalan ayam di negeri itu masih bergantung kepada import dari Perak dan Thailand.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, kerajaan negeri melaksanakan inisiatif membangunkan reban ayam pedaging automatik bernilai RM1.4 juta yang pertama di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) di kawasan Agrovalley Rong Chenok, di sini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, reban berkapasiti 25,000 ekor itu memulakan fasa ternakan pertama bulan ini dan dijangka menghasilkan enam pusingan ternakan setahun.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau ikut keperluan, ayam ini cukup penting kerana rakyat kita memang pemakan ayam, termasuk di asrama dan kantin sekolah.&nbsp;<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita perlukan lebih 100,000 ekor sehari, sedangkan kapasiti pengeluaran tempatan masih tak mencukupi.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><br \/>\u201cIni baru permulaan, kita sasarkan reban ini boleh hasilkan sekurang-kurangnya 150,000 ayam setahun, dengan kadar kematian yang rendah dan penggunaan teknologi tinggi,\u201d katanya ketika ditemui selepas merasmikan tapak reban ayam automatik berkenaan di sini pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memberitahu, reban kedua pula seterusnya akan dibina dengan peruntukan RM2 juta dalam usaha terus memperkukuhkan keterjaminan makanan, mengurangkan kebergantungan kepada bekalan luar dan memastikan harga ayam lebih stabil untuk pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, reban itu menggunakan sistem tertutup sepenuhnya dengan kawalan suhu, pemakanan dan minuman ayam secara automatik hanya melalui satu suis, menjadikan kos tenaga kerja lebih rendah dan kawalan penyakit lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta pembiayaan tambahan daripada kerajaan negeri.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapak ternakan ini seluas lebih empat hektar daripada keseluruhan 202.34 hektar kawasan Agrovalley.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami masih ada ruang dan potensi besar untuk dikembangkan,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, kawasan Agrovalley Rong Chenok turut membangunkan projek pembenihan ikan air tawar melibatkan keli dan tilapia merah, dengan sasaran pengeluaran tahunan mencecah 1.5 juta benih ikan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, sektor tanaman juga diberi perhatian melalui penanaman lada, sawi, salad, selain projek tebu untuk pasaran eksport ke Singapura yang kini sedang dibangunkan secara berperingkat dengan sokongan teknologi fertigasi dan rumah hijau. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PASIR MAS \u2013 Rakyat Kelantan dianggarkan memakan lebih 100,000 ekor ayam setiap hari, menjadikan keperluan bekalan ayam antara cabaran utama dalam usaha memperkukuhkan keterjaminan makanan negeri. Exco Pertanian, Industri Agromakanan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4846,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[163,244,1133,619],"class_list":["post-4847","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-ayam","tag-kelantan","tag-makan","tag-rakyat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4847","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4847"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4847\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4848,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4847\/revisions\/4848"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4847"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4847"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4847"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}