{"id":4820,"date":"2025-06-24T20:12:55","date_gmt":"2025-06-24T12:12:55","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4820"},"modified":"2025-06-24T20:13:28","modified_gmt":"2025-06-24T12:13:28","slug":"bekas-pengetua-dipenjara-107-tahun-rogol-amang-seksual-fizikal-pelajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4820","title":{"rendered":"Bekas pengetua dipenjara 107 tahun rogol, amang seksual fizikal pelajar"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Bekas pengetua dipenjara 107 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu ke atas tertuduh, Rosli Abd Rahman, 60, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa yang ketika kejadian berusia 16 tahun lapan bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tertuduh turut berdepan pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar daerah ini dan Marang antara November 2020 hingga November 2021.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan lima pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia turut didakwa membabitkan dua pertuduhan mengikut Seksyen 11 (1) (a), satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 (c) dan satu pertuduhan Seksyen 14 (d) AKSTKK 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun bagi kesalahan mengikut Seksyen 11 (1) (a) dan lima tahun penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 14(a), 14(c) dan 14(d) AKSTKK 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi setiap pertuduhan di bawah Seksyen 376 (2)(f), tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua hukuman penjara itu bermula daripada tarikh sabitan iaitu hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 15 tahun selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman tertuduh sementara menunggu rayuan dan jaminan dinaikkan sebanyak RM40,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam,Abdul Rahman Razak. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Bekas pengetua dipenjara 107 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajarnya.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4819,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[1226,1225,358],"class_list":["post-4820","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-dipenjara","tag-pengetua","tag-rogol"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4820","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4820"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4820\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4821,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4820\/revisions\/4821"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4819"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4820"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4820"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4820"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}