{"id":4814,"date":"2025-06-24T13:11:16","date_gmt":"2025-06-24T05:11:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4814"},"modified":"2025-06-24T13:13:55","modified_gmt":"2025-06-24T05:13:55","slug":"proses-nikah-tersangat-mudah-di-kemboja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4814","title":{"rendered":"Proses nikah tersangat mudah di Kemboja"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Jika dulu, sempadan Thailand jadi lokasi popular lelaki Malaysia &#8216;nikah senyap-senyap&#8217;, kini arah cinta makin kuat tertumpu ke Kemboja.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemboja perlahan-lahan menjadi lokasi baharu pencarian jodoh bagi lelaki Melayu yang mahu mencari pasangan hidup sama ada sebagai isteri pertama atau kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>Fenomena ini bukan lagi rahsia. Semakin ramai lelaki Malaysia sanggup merentas sempadan demi meminang gadis Kemboja.<\/p>\n\n\n\n<p>Di perkampungan Islam sekitar Phnom Penh dan Kampot, ada keluarga yang terbuka menerima lelaki Malaysia sebagai menantu selagi mereka ikhlas dan bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Wartawan Harian Metro yang menyertai satu misi kemanusiaan baru-baru ini, turut ditawarkan untuk mengahwini gadis tempatan oleh penduduk setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut individu dikenali sebagai Ustaz Muzaffar, yang juga guru agama di Phnom Penh, kahwin campur antara lelaki Malaysia dan wanita Kemboja menjadi kebiasaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ramai lelaki memilih wanita Kemboja kerana kos hidup lebih rendah dan proses pernikahan mudah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di sini, cukup ada kad pengenalan, wali, dua saksi dan lafaz. Tak sampai separuh pun belanja kahwin di Malaysia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Muzaffar berkata, wanita tempatan lebih taat, lembut dan tidak banyak kerenah berbanding wanita moden.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ramai datang kononnya atas dasar simpati, tapi akhirnya jatuh cinta betul-betul dan terus bernikah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun di sebalik kisah cinta itu, ada realiti mengejutkan apabila ramai gadis dikahwini seawal usia 15 tahun, terutama di perkampungan miskin yang kurang pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ramai hanya sekolah sampai tahun enam, malah ada yang langsung tak sekolah. Jadi kahwin dianggap jalan keluar dari kemiskinan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan pemerhatian, di setiap kampung yang majoriti penduduk Islam, sekurang-kurangnya lima gadis sudah berkahwin dengan lelaki Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Muzaffar memberi amaran supaya lelaki Malaysia tidak mempermainkan perasaan wanita Kemboja demi nafsu atau suka-suka. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Jika dulu, sempadan Thailand jadi lokasi popular lelaki Malaysia &#8216;nikah senyap-senyap&#8217;, kini arah cinta makin kuat tertumpu ke Kemboja. Kemboja perlahan-lahan menjadi lokasi baharu pencarian jodoh bagi lelaki&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4813,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[208,1223,1224],"class_list":["post-4814","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-gadis","tag-kemboja","tag-nikah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4814","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4814"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4814\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4815,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4814\/revisions\/4815"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4813"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4814"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4814"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4814"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}