{"id":4695,"date":"2025-06-21T13:07:44","date_gmt":"2025-06-21T05:07:44","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4695"},"modified":"2025-06-21T13:08:20","modified_gmt":"2025-06-21T05:08:20","slug":"rafizi-tidak-akan-tubuh-parti-politik-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4695","title":{"rendered":"Rafizi tidak akan tubuh parti politik baharu"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menjawab teka-teki sama ada pihaknya akan membuat parti baharu selepas kekalahannya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 23 Mei lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi &#8216;Podcast Yang Berhenti Menteri&#8217; yang disiarkan di saluran YouTubenya malam semalam, Rafizi berkata, negara dan rakyat tidak memerlukan sebuah parti baharu dalam masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bukan soal orang minat atau tidak minat parti-parti yang ada sekarang. Sebabnya ialah yang paling penting untuk negara dan masyarakat, kita kena kekalkan kestabilan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerajaan itu tak boleh bertukar-tukar seperti yang pernah berlaku sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Biarlah kerajaan yang ada itu terus memerintah kerana akhirnya kuasa itu akan kembali juga kepada rakyat (dalam masa) dua atau dua tahun setengah daripada sekarang,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi berkata, sekiranya berlakunya ketidakstabilan pada masa ini, ia akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat memandangkan negara sedang melalui tempoh yang mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan adanya kestabilan politik, kita boleh melalui cabaran ekonomi dunia yang berlaku ini dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dua tahun setengah daripada sekarang, kalau rakyat merasakan ada pasukan lebih baik untuk mengambil alih, itu keputusan rakyat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menyifatkan, rakyat tidak mahu melalui perkara toksik dengan penubuhan sebuah parti baharu lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Rafizi turut berpandangan terlalu awal pihaknya untuk membuat keputusan mengenai penyertaan pemilihan parti itu yang dijangka akan diadakan pada 2028.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Antara 2025 hingga 2028 itu, macam-macam boleh jadi. Contohnya bentuk pemilihan berlainan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;(Selain itu) kalau PKR masih lagi jadi kerajaan tahun 2028, maka semua orang berlumba-lumba untuk bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;(Tapi) kalau 2028 (itu) selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) PKR kalah teruk, aku rasa letak kerusi, entah-entah kerusi pun tak nak bertanding. Terlalu pramatang untuk cakap (mengenainya),&#8221; katanya. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menjawab teka-teki sama ada pihaknya akan membuat parti baharu selepas kekalahannya dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4694,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[1023,447,799],"class_list":["post-4695","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-baharu","tag-parti","tag-rafizi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4695","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4695"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4695\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4696,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4695\/revisions\/4696"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4694"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4695"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4695"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4695"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}