{"id":4608,"date":"2025-06-17T17:22:10","date_gmt":"2025-06-17T09:22:10","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4608"},"modified":"2025-06-17T17:25:45","modified_gmt":"2025-06-17T09:25:45","slug":"tiga-lelaki-termasuk-polis-bantuan-mengaku-tidak-bersalah-pukul-pemandu-lori","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4608","title":{"rendered":"Tiga lelaki termasuk polis bantuan mengaku tidak bersalah pukul pemandu lori"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Dua polis bantuan dan seorang buruh di sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan memukul seorang pemandu lori, bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga-tiga tertuduh, Che Muhammad Firdhaus Che Zamri, 29, W Muhammad Sharil Azizul W Ahmad, 26 dan Mohd Hafiz Mohd Arifin, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh telah bersama-sama dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Mohammad Faiz Sedi, yang berusia 30 tahun dengan menggunakan tangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 11.30 pagi pada 29 Mei lalu, di kawasan Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB), di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga-tiga lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 324 kanun yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Suhaila kemudiannya membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes akan disebut semula pada 14 Julai depan di Mahkamah Majistret.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lim Zhan Yi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, tular di media sosial, sebuah rakaman video berdurasi 0.32 saat yang memaparkan pemandu lori itu dipukul beberapa individu.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, kejadian itu tercetus apabila pemandu lori enggan bekerjasama untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan turut mengeluarkan kata-kata kesat. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Dua polis bantuan dan seorang buruh di sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan memukul seorang pemandu lori,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4607,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[948,104,492,201],"class_list":["post-4608","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-lori","tag-mahkamah","tag-pemandu","tag-pukul"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4608","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4608"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4608\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4609,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4608\/revisions\/4609"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4608"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4608"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4608"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}