{"id":4599,"date":"2025-06-16T20:44:31","date_gmt":"2025-06-16T12:44:31","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4599"},"modified":"2025-06-16T22:02:51","modified_gmt":"2025-06-16T14:02:51","slug":"abdul-hadi-dijadual-jalani-prosedur-rawatan-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4599","title":{"rendered":"Abdul Hadi dijadual jalani prosedur rawatan esok"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijadualkan menjalani satu prosedur rawatan perubatan pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi satu hantaran ringkas di media sosial sebentar tadi.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan tersebut, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas, agar kesihatan Abdul Hadi dipelihara dan segala urusan rawatannya dipermudahkan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInsya-ALLAH, Ayahanda Tuan Guru akan menjalani suatu prosedur rawatan pada esok hari, 17 Jun 2025.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, saya mewakili pihak keluarga memohon agar didoakan kesihatan dan kesembuhan buat Ayahanda Tuan Guru,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, lokasi dan butiran lanjut mengenai prosedur rawatan berkenaan tidak diperincikan.<br><br>Untuk rekod, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sebelum ini pernah menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), dan kali terakhir dilaporkan menjalani prosedur rawatan berkaitan pada 5 Januari tahun lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, semua cawangan PAS di Terengganu diarahkan untuk mengadakan solat hajat malam ini bagi mendoakan kesejahteraan Abdul Hadi yang dijadualkan menjalani prosedur rawatan, esok.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, solat hajat itu sebagai usaha memohon kepada Allah SWT agar segala urusan rawatan dipermudahkan dan beliau dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMarilah kita bersama memanjatkan doa agar Allah SWT memudahkan segala urusan rawatan dan mengurniakan kesembuhan sepenuhnya kepada Tuan Guru kesayangan umat,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijadualkan menjalani satu prosedur rawatan perubatan pada Selasa. Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi satu hantaran&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4602,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[215,1147,147,82,137],"class_list":["post-4599","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-awang","tag-dirawat","tag-hadi","tag-pas","tag-presiden"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4599","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4599"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4599\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4601,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4599\/revisions\/4601"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4602"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4599"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4599"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4599"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}