{"id":4490,"date":"2025-06-11T01:20:28","date_gmt":"2025-06-10T17:20:28","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4490"},"modified":"2025-06-11T01:21:48","modified_gmt":"2025-06-10T17:21:48","slug":"harimau-malaya-mudah-ratah-vietnam-badi-11-tahun-berakhir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4490","title":{"rendered":"Harimau Malaya mudah ratah Vietnam, badi 11 tahun berakhir"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mengukuhkan impian untuk ke pentas Asia buat kali kedua berturut-turut apabila membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan melakar tiga mata penuh itu menyaksikan pasukan negara berada di tangga pertama kumpulan dengan enam mata hasil dua kemenangan diraih setakat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah kemenangan itu juga menamatkan badi kekalahan 11 tahun selepas kali terakhir menewaskan musuh tradisi itu pada 2014 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti dijangka, Peter Cklamovski mempertaruhkan tenaga warisan baharu apabila menyenaraikan empat tonggak babitkan Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Facundo Garces sekali gus masing-masing meraih caps pertama di pentas antarabangsa bersama skuad Harimau Malaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun pada awal permainan menyaksikan Malaysia yang menghuni tangga ke-131 dunia itu sukar menembusi bahagian tengah skuad Naga Emas yang dilihat cukup berdisiplin.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah Vietnam yang dilatih Kim Sang-sik juga sukar memasuki kubu negara sepanjang 30 minit pertama yang memperlihatkan Garces dan Irazabal bertahan dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Peluang terbaik hadir pada minit 35 menerusi rembatan jarak jauh pemain baharu Cerezo Osaka, Dion Cools yang terkena tiang gol ketika Nguyen Filip sudah pun tertewas.<\/p>\n\n\n\n<p>Gawang Vietnam terus diuji lima minit kemudian kali ini melalui tandukan Figueiredo yang menyambut hantaran lintang Hector Hevel namun sempat ditepis keluar Filip.<\/p>\n\n\n\n<p>Filip yang juga pemain warisan Vietnam sekali lagi menjadi penghalang apabila lambungan Arif Aiman Hanapi sempat disentuhnya sekali gus menamatkan babak pertama tanpa sebarang jaringan.<\/p>\n\n\n\n<p>Skuad negara yang menang pada aksi pertama menentang Nepal Mac lalu mula meningkatkan&nbsp;<em>gear<\/em>&nbsp;permainan di separuh masa kedua untuk memburu jaringan.<\/p>\n\n\n\n<p>SNBJ akhirnya digegarkan dengan jaringan pembukaan Figueiredo menerusi rembatan padu penyerang kelab, Istanbul Basaksehir itu yang melambung melepasi jangkauan Filip di minit 49.<\/p>\n\n\n\n<p>Malam gemilang negara diteruskan Holgado yang tenang menolak masuk bola ke gawang lawan hasil hantaran Arif Aiman sekali gus membuka akaun gol pertamanya di pentas antarabangsa bersama Figueiredo.<\/p>\n\n\n\n<p>Arif Aiman sekali lagi menjadi duri dalam daging dalam menggerakkan jentera serangan apabila kali ini hantarannya menemui Corbin Ong yang mudah merobek gawang Vietnam pada minit 66 untuk gol ketiga.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi pemain warisan negara, Imanol Machuca dibawa masuk di minit 72 bagi membolehkan pemain lincah itu meraih penampilan pertamanya dengan Holgado dibawa keluar.<\/p>\n\n\n\n<p>Vietnam cuba bangkit pada minit 78 apabila penyerang gantian, Nguyen Tien Linh membuat percubaan menerusi tandukan namun Syihan Hazmi bertindak cemerlang menafikan percubaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesta negara diteruskan dengan jaringan keempat Cools di minit ke-88 apabila dia cantik menanduk masuk hantaran lintang pemain gantian, Endrick dos Santos untuk menjadikan ia jaringan ke limanya sepanjang bersama skuad negara. &#8211; Harian Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mengukuhkan impian untuk ke pentas Asia buat kali kedua berturut-turut apabila membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4489,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[1106,324,1107],"class_list":["post-4490","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-belasah","tag-malaysia","tag-vietnam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4490","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4490"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4490\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4491,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4490\/revisions\/4491"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4490"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4490"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4490"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}