{"id":4466,"date":"2025-06-10T11:15:51","date_gmt":"2025-06-10T03:15:51","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4466"},"modified":"2025-06-10T11:16:40","modified_gmt":"2025-06-10T03:16:40","slug":"saya-minta-maaf-brek-tak-berfungsi-pemandu-bas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4466","title":{"rendered":"&#8216;Saya minta maaf, brek tak berfungsi&#8230;&#8217; &#8211; Pemandu bas"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA BHARU: &#8220;Saya minta maaf kepada keluarga mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kemalangan pagi semalam, brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, ialah pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli-Gerik, awal pagi semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau ketika dihubungi hari ini berkata, bas yang dalam perjalanan dari Terengganu itu awalnya berkeadaan baik sehingga tiba di jambatan lintasan gajah di Gerik.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Secara tiba-tiba, saya dapati brek bas tidak berfungsi dan angin bas juga kosong.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya cuba mengelak kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya, empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam. Ketika itu saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan sebelum itu saya cuba mengelak daripada melanggar kenderaan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Oleh sebab nahas berlaku di kawasan selekoh, saya tak mampu berbuat apa-apa,&#8221; katanya yang kini dirawat di Hospital Taiping, Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Berpengalaman memandu bas sejak 2016, Mohd Amirul berkata, beliau menjerit kepada pelajar supaya bersedia dan berjaga-jaga sebaik menyedari brek bas tidak berfungsi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka yang duduk di kerusi depan mungkin dengar arahan saya tetapi yang berada di belakang kebanyakannya tidur dan menyangka saya sedang marah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya jangka bas bergerak dalam keadaan brek tidak berfungsi sejauh lebih satu kilometer dan sebagai pemandu bas, saya cuba mengelak kemalangan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak laju seperti yang tular kerana saya arif dengan laluan Jeli-Gerik, lebih-lebih lagi lokasi kejadian menuruni bukit,&#8221; katanya sambil menahan sebak.<\/p>\n\n\n\n<p>Nahas menyebabkan beliau pengsan seketika sebelum sedar dan menjerit meminta pelajar keluar menerusi cermin hadapan bas yang pecah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya merangkak keluar dan menangis melihat keadaan semua pelajar. Allah uji saya dengan kemalangan berat ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini pertama kali saya terbabit dalam kemalangan mengorbankan nyawa dan sebagai pemandu bas, sudah tentu saya rasa sangat bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya hanya mampu meminta maaf kepada semua dan serahkan kepada pihak polis,&#8221; katanya yang berasal di Besut, Terengganu dan kini menunggu untuk menjalani pembedahan di tangan kiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Siasatan awal polis mendapati kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut UPSI berpunca daripada bas dinaiki terlanggar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, sebelum terbalik. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: &#8220;Saya minta maaf kepada keluarga mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kemalangan pagi semalam, brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba.&#8221; Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, ialah pemandu bas&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4465,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[301,97,492,1082],"class_list":["post-4466","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-bas","tag-kemalangan","tag-pemandu","tag-upsi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4466","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4466"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4466\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4467,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4466\/revisions\/4467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4465"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}