{"id":4445,"date":"2025-06-09T14:44:21","date_gmt":"2025-06-09T06:44:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4445"},"modified":"2025-06-09T14:45:18","modified_gmt":"2025-06-09T06:45:18","slug":"saya-lihat-rakan-tersepit-meronta-minta-tolong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4445","title":{"rendered":"\u2018Saya lihat rakan tersepit, meronta minta tolong\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>GERIK: \u201cSaya nampak ada yang meronta-ronta, tetapi saya tak mampu untuk tolong mereka.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian kata Aleeya Maisarah Azizzani, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik berhampiran Tasik Banding dekat sini, hari in<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian sekitar pukul 12 tengah malam hingga 1 pagi itu, seramai 15 pelajar UPSI maut manakala 27 lagi cedera setelah bas dinaiki mereka melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pelajar semester empat jurusan pendidikan bahasa Arab itu, dia tidak mampu membantu mangsa lain berikutan keadaan belakang badannya yang sakit dan tidak boleh bergerak.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dalam keadaan terbaring itu, dia mendengar rintihan rakan-rakan lain meminta tolong dengan ada antara mereka sudah tidak bersuara.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan ketika itu sangat menyedihkan apabila lihat mereka meronta-ronta tapi saya tidak boleh buat apa. Dalam keadaan belakang badan yang sakit saya cuba gagahkan diri cari jalan keluar.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika itu, saya lihat ada orang awam serta pasukan keselamatan yang bantu keluarkan kami,\u201d katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, di sini hari ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Aleeya Maisarah, selain tersepit, terdapat juga penumpang lain yang tercampak ke dalam longkang dan mengalami kecederaan serius.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ketika kejadian, dia tidak tidur dan menyaksikan kemalangan itu berlaku termasuk apabila bas tersebut terbalik ke bahu jalan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa di Tanah Merah, saya sudah terhidu bau hangit tayar dan perkara itu disedari juga beberapa penumpang lain. Saya tidak fikir lain dan tertidur selepas itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, ketika sampai di Jeli, saya tersedar selepas bas tersebut dipandu laju dan melanggar lopak air hingga hampir terbabas ke kanan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika itu pemandu perlahankan kenderaan sebelum kembali memandu laju sehingga tiba di satu selekoh di mana bas dinaiki terbalik ke kiri jalan,\u201d katanya yang mengalami beberapa kecederaan termasuk di kepala dan kaki terseliuh. &#8211; Utusan<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>GERIK: \u201cSaya nampak ada yang meronta-ronta, tetapi saya tak mampu untuk tolong mereka.\u201d Demikian kata Aleeya Maisarah Azizzani, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat nahas di Kilometer&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4444,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[301,97,1091,731,1082],"class_list":["post-4445","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-bas","tag-kemalangan","tag-mangsa","tag-selamat","tag-upsi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4445","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4445"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4445\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4446,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4445\/revisions\/4446"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4444"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4445"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4445"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}