{"id":4354,"date":"2025-05-26T10:27:05","date_gmt":"2025-05-26T02:27:05","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4354"},"modified":"2025-05-26T10:30:48","modified_gmt":"2025-05-26T02:30:48","slug":"dulu-nak-tengok-gajah-kena-pergi-zoo-sekarang-gajah-pula-datang-sendiri-ke-rumah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4354","title":{"rendered":"&#8220;Dulu nak tengok gajah kena pergi zoo, sekarang gajah pula datang sendiri ke rumah&#8221;"},"content":{"rendered":"\n<p>JELI: &#8220;Sepuluh tahun lalu, saya perlu ke zoo untuk lihat gajah, namun hari ini keadaan berbeza apabila gajah pula yang datang ke rumah saya hampir setiap bulan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian luahan Sidik Shaari, 48, penduduk Kampung Batu Melintang di sini yang menjadi mangsa ancaman gajah dalam tempoh 10 tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang berniaga kedai makan berkata, ancaman gajah semakin menjadi-jadi sehingga kedai makan miliknya turut dirosakkan sekumpulan haiwan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebulan sekali atau dua bulan sekali mesti gajah datang di kawasan kedai saya. Bukan seekor tetapi sehingga 10 ekor datang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Macam-macam keadaan ketika mereka datang, ada ketikanya tidak mengganas, namun ada ketikanya habis barang di dapur saya diambilnya termasuk serbuk kopi dan sos cili terutama ketika waktu binatang itu lapar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malah tingkap dan pintu rumah saya sehingga kini tidak dibaik pulih akibat dipecahkan sekumpulan gajah,&#8221; katanya ketika ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Sidik, jika dahulu gajah akan keluar pada awal pagi, namun kini waktu petang pun binatang itu sudah keluar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setiap kali keluar, saya akan menghubungi PERHILITAN untuk bantuan kerana saya sendiri takut memandangkan yang datang sekumpulan bukannya seekor.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya turut berharap kerajaan atau PERHILITAN mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ancaman hidupan liar ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu BH melaporkan sekurang-kurangnya lima negeri berdepan masalah gangguan gajah serta harimau dipercayai berpunca kemusnahan habitat semula jadi hidupan liar. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JELI: &#8220;Sepuluh tahun lalu, saya perlu ke zoo untuk lihat gajah, namun hari ini keadaan berbeza apabila gajah pula yang datang ke rumah saya hampir setiap bulan.&#8221; Demikian luahan Sidik&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[169,513,1030,126],"class_list":["post-4354","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-ceroboh","tag-gajah","tag-liar","tag-rumah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4354","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4354"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4354\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4355,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4354\/revisions\/4355"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4354"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4354"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4354"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}