{"id":4336,"date":"2025-05-25T16:02:23","date_gmt":"2025-05-25T08:02:23","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4336"},"modified":"2025-05-25T16:07:56","modified_gmt":"2025-05-25T08:07:56","slug":"biasiswa-terengganu-sejahtera-dilancar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4336","title":{"rendered":"\u2018Biasiswa Terengganu Sejahtera\u2019 dilancar"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh <strong>MUKHATAR A. RAHMAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu hari ini melancarkan \u2018Biasiswa Terengganu Sejahtera\u2019 bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan di negeri itu untuk meneruskan pengajian di Kolej Universiti Tati (TatiUC).&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar,&nbsp; Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.6 juta khusus bagi membantu anak-anak negeri itu yang akan memulakan pengajian di TatiUC tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, objektif utama penubuhan biasiswa itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri bagi memastikan tiada anak-anak yang cemerlang negeri itu terhalang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana masalah kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pendidikan adalah kunci utama untuk memecahkan lingkaran kemiskinan di samping berupaya meningkatkan taraf hidup masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jumlahnya hampir RM1.6 juta untuk digunakan oleh pelajar-pelajar di Kolej Universiti Tati. Yang ini kita tengok, kalau tak cukup, kita akan semak semula,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Samsuri berkata demikian pada Majlis Hari Terbuka Kolej TatiUC di Kampus Teluk Kalong, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Rektor TatiUC, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menambah, kerajaan negeri akan melihat kemampuan kewangan negeri dan mungkin akan menambah jumlah biasiswa berkenaan sekiranya terdapat permintaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, katanya, Ahmad Samsuri meminta anak-anak negeri itu yang menuntut di TatiUC supaya dapat mengambil peluang pendidikan yang diberikan itu termasuk mendalami bidang kecerdasan buatan (AI)<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pelajar perlu mendalami bidang dan kemahiran berkaitan AI kerana yang manusia yang hebat perlu mengawal AI dan bukan hanya bergantung kepada AI,&#8221; katanya.<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu hari ini melancarkan \u2018Biasiswa Terengganu Sejahtera\u2019 bagi membantu para pelajar yang kurang berkemampuan di negeri itu untuk meneruskan pengajian di&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4335,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1052,1054,1053,1051,43],"class_list":["post-4336","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-biasiswa","tag-lancar","tag-sejahtera","tag-tati","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4336","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4336"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4336\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4338,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4336\/revisions\/4338"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4335"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4336"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4336"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4336"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}