{"id":4323,"date":"2025-05-24T21:45:00","date_gmt":"2025-05-24T13:45:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4323"},"modified":"2025-05-24T21:45:50","modified_gmt":"2025-05-24T13:45:50","slug":"malaysia-peruntuk-rm3-bilion-untuk-projek-sungai-golok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4323","title":{"rendered":"Malaysia peruntuk RM3 bilion untuk projek Sungai Golok"},"content":{"rendered":"\n<p>BANGKOK \u2013 Malaysia memperuntukkan kira-kira RM3 bilion bagi Projek Penambahbaikan Muara Sungai Golok, sebuah inisiatif strategik rentas sempadan bersama Thailand yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, melindungi komuniti setempat, dan memperkukuh keselamatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan telah memulakan pelbagai langkah komprehensif sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Thailand.<\/p>\n\n\n\n<p>Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, menjelaskan bahawa jumlah keseluruhan pembiayaan projek tersebut termasuk program tebatan banjir dan pembinaan tembok keselamatan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dianggarkan bernilai sekitar RM3 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita telah memaklumkan kepada kerajaan Thailand bahawa Malaysia telah meluluskan lokasi bagi kerja-kerja pengorekan muara sungai, dan pada masa yang sama melaksanakan penambahbaikan di Sungai Golok termasuk pembinaan tembok sungai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bukan sekadar inisiatif tebatan banjir, malah merupakan langkah keselamatan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProjek ini akan menangani isu banjir secara menyeluruh, dan apabila siap kelak, ia dijangka dapat mengurangkan kejadian banjir serta kerugian melibatkan harta benda, aset, dan mata pencarian bukan sahaja bagi penduduk setempat, tetapi juga sektor perniagaan dan infrastruktur kerajaan,\u201d katanya kepada Bernama di akhir lawatan kerja empat hari beliau ke Thailand pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, sebahagian projek masih menunggu kelulusan akhir daripada pihak berkuasa Thailand, dengan tempoh pelaksanaan dijangka mengambil masa tiga tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah memaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (EGAT) telah melengkapkan kajian kebolehlaksanaan bagi menaik taraf kemudahan sambungan grid kuasa antara kedua-dua negara. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANGKOK \u2013 Malaysia memperuntukkan kira-kira RM3 bilion bagi Projek Penambahbaikan Muara Sungai Golok, sebuah inisiatif strategik rentas sempadan bersama Thailand yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, melindungi komuniti setempat, dan memperkukuh&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4322,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[299,324,129,725],"class_list":["post-4323","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-golok","tag-malaysia","tag-projek","tag-sungai"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4323"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4323\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4324,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4323\/revisions\/4324"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4322"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}