{"id":4172,"date":"2025-05-16T22:18:22","date_gmt":"2025-05-16T14:18:22","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4172"},"modified":"2025-05-16T22:19:10","modified_gmt":"2025-05-16T14:19:10","slug":"kepulangan-jho-low-mungkin-tak-disenangi-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4172","title":{"rendered":"Kepulangan Jho Low mungkin tak disenangi &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR:\u00a0 Usaha membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik laporan media antarabangsa Al-Jazeera, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat individu tertentu yang tidak mahu Jho Low, yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kembali ke negara ini untuk menghadapi proses undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam wawancara bersama program 101 East terbitan Al-Jazeera, Anwar ditanya sama ada wujud kumpulan tertentu yang cuba menghalang kepulangan Jho Low ke tanah air, dan beliau menjawab: \u201cYa.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya begitu. Saya yakin&#8230; kerana kepulangannya mungkin akan mendedahkan lebih banyak perkara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, saya tidak mahu terganggu dengan menganggap isu ini sebagai satu-satunya perkara yang perlu ditangani oleh seorang Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerdana Menteri perlu menangani isu tadbir urus dan membersihkan negara daripada rasuah sistemik&#8230; ia adalah perjuangan besar yang sukar dan tidak bermula serta berakhir dengan 1MDB,\u201d katanya kepada hos rancangan itu, Mary Ann Jolley.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menjelaskan bahawa antara tindakan awal selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ialah mengarahkan semua agensi penguat kuasa untuk menjejaki Jho Low.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pihak berkuasa masih berusaha untuk mengesan keberadaan ahli perniagaan terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya fikir dia (Jho Low) memainkan peranan penting dan keterangannya akan menjadi kunci bagi menyelesaikan&#8230; menamatkan kes ini (1MDB),\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas berkenaan proses rumit membawa pulang Jho Low, walaupun terdapat dakwaan beliau berada di China, Anwar berkata usaha mengesannya sedang dijalankan, namun tiada pengesahan rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiada siapa tahu di mana dia berada.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak dapat mengesahkan sama ada dia berada di China&#8230; maksud saya, secara rasmi&#8230; tetapi kita mengesyaki terdapat beberapa pergerakan. Jika saya katakan lebih lanjut, akan timbul lebih banyak kesulitan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Mei 2023, Anwar memaklumkan bahawa rundingan masih diteruskan bagi membawa pulang Jho Low ke Malaysia, namun proses berkenaan sangat kompleks kerana melibatkan pelbagai negara, agensi perisikan dan Polis Antarabangsa (Interpol).<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada tahun lalu turut memaklumkan bahawa usaha menjejaki Jho Low masih diteruskan, namun tiada petunjuk jelas mengenai lokasi sebenar ahli perniagaan terbabit. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR:\u00a0 Usaha membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Memetik laporan media antarabangsa Al-Jazeera, Perdana Menteri,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4171,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[975,976],"class_list":["post-4172","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-jholow","tag-pulang"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4172","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4172"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4172\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4173,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4172\/revisions\/4173"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4171"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4172"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4172"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4172"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}