{"id":4145,"date":"2025-05-16T07:27:57","date_gmt":"2025-05-15T23:27:57","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4145"},"modified":"2025-05-16T07:30:07","modified_gmt":"2025-05-15T23:30:07","slug":"16-laporan-polis-diterima-isu-jalur-gemilang-cacat-pada-program-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4145","title":{"rendered":"16 laporan polis diterima isu Jalur Gemilang &#8216;cacat&#8217; pada program PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>KONTROVERSI kesilapan lakaran Jalur Gemilang yang cacat bintangnya pada poster program Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (HTM 1.0) 2025 merekodkan 16 laporan polis.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairudin yang turut memaklumkan laporan berkenaan bukan dibuat di negeri terbabit saja, malah di lokasi lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga mengesahkan pihak polis sudah membuka kertas siasatan kes berkenaan.<br><br>\u201cSebanyak 16 laporan telah dibuat berhubung kejadian tersebut dengan laporan pertama dibuat di Kuala Pilah, dan kes disiasat pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.<\/p>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator has-alpha-channel-opacity\"\/>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"360\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/1887c44ac591febd8ab4ebc70dc971b51056977397213037741.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-4147\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/1887c44ac591febd8ab4ebc70dc971b51056977397213037741.jpg 600w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/1887c44ac591febd8ab4ebc70dc971b51056977397213037741-300x180.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">MOHD KHAIRI KHAIRUDIN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cDi Terengganu ada tiga laporan saja berkaitan kes ini,\u201d katanya ketika dihubungi&nbsp;<em>Malaysiakini<\/em>&nbsp;hari ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Mohd Khairi, siasatan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) (c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 2017, Seksyen 4 (1) (b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, poster rasmi terbitan PAS Terengganu untuk mempromosikan HTMT 1.0 2025 menarik perhatian ramai sekali gus mengundang kecaman apabila berlaku \u2018kecatatan\u2019 padanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><br \/>Berbanding sepatutnya ada 14, logo yang dihasilkan PAS Terengganu hanya memaparkan 11 bucu pada Bintang Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Empat belas pecahan itu melambangkan gabungan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Logo acara itu memaparkan Jalur Gemilang di sebelah kiri, logo PAS di tengah dan bendera Terengganu di sebelah kanan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Selain bucunya yang tidak mencukupi, bilangan jalur merah dan putih juga cacat kerana mempunyai 12 berbanding sepatutnya 14.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>PAS Terengganu kemudiannya mengemukakan permohanan maaf secara terbuka rentetan kesilapan berkenaan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kes tersebut menjadi tumpuan dan kemarahan ramai kerana menjadi susulan kepada beberapa kes lain sejak bulan lalu membabitkan Jalur Gemilang.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Misalnya akhbar Sin Chew Daily yang memaparkan ilustrasi bendera tanpa bulan sabit, manakala Kwong Wah Yit Poh yang menyiarkan foto bendera dengan bintang 13 bucu di Bukit Bintang.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian itu turut menghadirkan kritikan keras PAS. Antara lain mereka menegaskan bahawa permohonan maaf semata-mata tidak memadai kerana kesalahan yang dilakukan itu sangat serius.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Semalam&nbsp;<em>Malaysiakini<\/em>&nbsp;melaporkan PAS Terengganu sudah memberikan amaran secara bertulis kepada kakitangan yang bertanggungjawab menghasilkan bendera Malaysia yang cacat itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Penolong setiausaha PAS negeri, Hanafiah Mat, mengesahkan perkara itu dan menegaskan pihaknya sudah membuat permohonan maaf dan ia sama seperti langkah diambil oleh pelaku lain sebelum ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami dah mohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan. Sama dengan pihak lain, mereka mohon maaf saja.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Beri amaran secara bertulis (kepada kakitangan),&#8221; katanya. &#8211; Malaysia Kini<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KONTROVERSI kesilapan lakaran Jalur Gemilang yang cacat bintangnya pada poster program Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (HTM 1.0) 2025 merekodkan 16 laporan polis. Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4144,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[969,658,657,82,43],"class_list":["post-4145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-cacat","tag-gemilang","tag-jalur","tag-pas","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4145"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4148,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4145\/revisions\/4148"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4144"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}