{"id":4117,"date":"2025-05-15T00:28:42","date_gmt":"2025-05-14T16:28:42","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4117"},"modified":"2025-05-15T00:30:37","modified_gmt":"2025-05-14T16:30:37","slug":"tiga-anggota-fru-masih-tidak-sedar-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4117","title":{"rendered":"Tiga anggota FRU masih tidak sedar diri"},"content":{"rendered":"\n<p>TELUK INTAN: Tiga anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dirawat di Hospital Teluk Intan, dekat sini masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, anggota terbabit ialah Koperal Haslizal Mohd Ali, 44; Sarjan Mazlan Mat, 50; dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika ini, ketiga-tiga pegawai masih kritikal dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pihak polis bersama wakil kebajikan sudah melawat mereka dan keluarga hari ini bagi memberikan sokongan moral,&#8221; katanya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, empat lagi anggota yang cedera dilaporkan sedar dan dalam keadaan stabil, menerima rawatan di wad biasa Hospital Teluk Intan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ialah Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34; Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26; Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin dan Sarjan Mohd Parih Ali, 44.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara seorang daripada sembilan anggota FRU yang cedera dalam kemalangan jalan raya semalam dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk menjalani pembedahan akibat kecederaan dalaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, mangsa, Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, yang duduk di bahagian belakang lori, mengalami pendarahan dalaman yang serius, trauma perut dan kecederaan kepala.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu di KM15 Jalan Chikus\u2013Sungai Lampam di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Lapan anggota disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, dan seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TELUK INTAN: Tiga anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dirawat di Hospital Teluk Intan, dekat sini masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4116,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[859,947,97],"class_list":["post-4117","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-anggota","tag-fru","tag-kemalangan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4117","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4117"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4117\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4118,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4117\/revisions\/4118"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4116"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4117"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4117"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4117"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}