{"id":4108,"date":"2025-05-14T19:46:44","date_gmt":"2025-05-14T11:46:44","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4108"},"modified":"2025-05-14T19:47:47","modified_gmt":"2025-05-14T11:47:47","slug":"penduduk-pulau-redang-terputus-bekalan-minyak-lebih-dua-minggu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4108","title":{"rendered":"Penduduk Pulau Redang terputus bekalan minyak lebih dua minggu"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA NERUS: Penduduk Pulau Redang terutama pengusaha bot dan teksi mendakwa berdepan kesulitan apabila bekalan minyak petrol dan diesel terputus sejak lebih dua minggu lalu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pengusaha bot dan teksi, Azmi Kamaruzaman, 48, berkata, situasi itu menjejaskan pendapatan penduduk dan pengusaha pelancongan yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan minyak untuk beroperasi setiap hari.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, masalah berkenaan timbul selepas pertukaran kontraktor pembekal bahan api di pulau peranginan tersebut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Masalah ini bermula selepas kontraktor baru ambil alih. Kami dan penduduk kampung sangat terkesan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum ini, kemudahan minyak cukup baik dan teratur kerana kontraktor dah ada sediakan pam minyak, tapi sekarang jadi macam zaman 70an, bukan sahaja susah nak dapat, minyak juga perlu disukat,&#8221; katanya ketika ditemui pemberita di sini pada petang Selasa.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><br \/>Azmi berkata, mereka terpaksa ke tanah besar seperti di Merang, Setiu semata-mata untuk membeli minyak dalam tong, namun jumlah dibenarkan sangat terhad.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami terpaksa guna hampir 50 liter minyak untuk perjalanan pergi dan balik ke daratan, namun hanya dibenarkan beli 25 atau 50 liter sahaja, memang tak berbaloi dan menyusahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pihak berwajib sepatutnya mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu bekalan minyak yang memberi kesan besar kepada komuniti setempat di sini,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Bot Pelancong Pulau Redang, Mohd Yusri Azizol Yusoff, 38, memaklumkan terdapat lebih 200 bot pelancong berdaftar di pulau tersebut yang turut terjejas akibat gangguan bekalan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami dimaklumkan kontraktor baharu akan mula bekalkan minyak bermula 15 Mei ini dan akan membawa masuk dalam bentuk tong.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tetapi, sehingga kini kami semua belum jelas mengenai kaedah kemasukan dan sistem yang akan digunakan,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kontraktor baharu tidak memiliki aset lengkap seperti pam dan kemudahan logistik menyebabkan mereka berasa ragu terhadap kaedah penyaluran minyak di kawasan itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dulu semua tersedia, sekarang kami difahamkan kontraktor baharu pula tak cukup kemudahan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita dah cuba hubungi pihak berkuasa, tapi panggilan tidak dijawab. Harap kerajaan ambil perhatian dan bertindak segera,&#8221; katanya lagi. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA NERUS: Penduduk Pulau Redang terutama pengusaha bot dan teksi mendakwa berdepan kesulitan apabila bekalan minyak petrol dan diesel terputus sejak lebih dua minggu lalu. Pengusaha bot dan teksi, Azmi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4107,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[319,955,954,951,952,953],"class_list":["post-4108","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-bekalan","tag-diesel","tag-petrol","tag-pulay","tag-redang","tag-terputus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4108","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4108"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4108\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4109,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4108\/revisions\/4109"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4107"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4108"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4108"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4108"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}