{"id":4065,"date":"2025-05-11T22:46:16","date_gmt":"2025-05-11T14:46:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4065"},"modified":"2025-05-11T23:01:29","modified_gmt":"2025-05-11T15:01:29","slug":"umno-tak-boleh-leka-perlu-bersedia-hadapi-peperangan-lebih-besar-presiden","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4065","title":{"rendered":"UMNO tak boleh leka, perlu bersedia hadapi peperangan lebih besar &#8211; Presiden"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh leka walaupun sedang melalui tanda kebangkitan dengan kemenangan melalui beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini termasuk yang terbaharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.<\/p>\n\n\n\n<p>Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana UMNO perlu berdepan dengan medan peperangan jauh lebih besar selepas ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, UMNO perlu lebih bersedia dalam menempuh peperangan itu termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, sebelum berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ya, kita sudah mula menyaksikan tanda kebangkitan. Allah SWT mengurniakan kita kemenangan di Nenggiri, Mahkota, dan Ayer Kuning.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemenangan ini adalah milik seluruh jentera yang berjuang tanpa mengenal lelah di medan hadapan mahupun di balik tabir.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun UMNO mesti melangkah ke medan perang dengan naratif yang lebih segar, komunikasi yang lebih strategik dan gerak kerja yang lebih tajam, lebih tuntas serta lebih berani.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;PRN Sabah bakal membuka gelanggangnya, disusuli PRN Melaka, PRN Johor, dan akhirnya, perang besar yang bakal menentukan nasib dan masa depan negara, PRU-16,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada ucapan Majlis Sambutan Hari UMNO ke-79 dan Konvokesyen Pertama Sekolah Patriotik UMNO (SPU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO dan Barisan Nasional (BN) mula mencipta hatrik kemenangan di PRK bermula di DUN Pelangai, Nenggiri, Mahkota dan terbaharu di Ayer Kuning.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, berkata dalam mendepani peperangan besar itu, beliau tidak mahu pemimpin dan ahli akar umbi bersengketa atau terbuai dalam jerat persepsi yang melemahkan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Janganlah ada di antara kita yang bersengketa, apatah lagi terbuai dalam jerat persepsi dan sentimen yang hanya melemahkan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mungkin sudut pandang kita berbeza, tetapi bergeraklah senada, kerana di situlah kunci untuk mengembalikan sokongan rakyat semula,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh leka walaupun sedang melalui tanda kebangkitan dengan kemenangan melalui beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini termasuk yang terbaharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4070,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[930,931,932,54],"class_list":["post-4065","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersedia","tag-hadapi","tag-perang","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4065","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4065"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4065\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4066,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4065\/revisions\/4066"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4070"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4065"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4065"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4065"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}