{"id":4061,"date":"2025-05-11T22:25:50","date_gmt":"2025-05-11T14:25:50","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4061"},"modified":"2025-05-11T22:32:48","modified_gmt":"2025-05-11T14:32:48","slug":"guru-tak-dapat-cuti-kahwin-kerana-mesyuarat-pibg","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4061","title":{"rendered":"Guru tak dapat cuti kahwin kerana mesyuarat PIBG"},"content":{"rendered":"\n<p>SEREMBAN:\u00a0 Seorang guru didakwa tidak dapat meraikan hari bahagianya bersama pasangan selepas dikatakan tidak mendapat cuti kahwin kerana perlu menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).<\/p>\n\n\n\n<p>Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, joseibaraazmi, di aplikasi X pada Sabtu, yang menceritakan situasi ibunya hadir ke sebuah majlis perkahwinan tanpa kehadiran pengantin di Sabak Bernam.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut joseibaraazmi, pengantin perempuan berkenaan mengajar di sebuah sekolah di Seremban dan tidak dapat berada pada hari persandingannya di Sabak Bernam.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengetua tidak membenarkan cuti disebabkan ada mesyuarat PIBG. Jadi dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan sendiri, sedihnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya terkejut mendengar cerita ini. Pengantin hanya tiba di Sabak Bernam hampir jam 6 petang disebabkan kesesakan lalu lintas pada hari cuti,\u201d katanya menerusi ciapan di aplikasi X.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pemilik akaun tersebut turut memaklumkan bahawa berdasarkan cerita ibu mentuanya, guru berkenaan telah memohon cuti tiga bulan lebih awal namun hanya dimaklumkan bahawa permohonan itu tidak diluluskan tiga minggu sebelum majlis.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiba-tiba, tiga minggu sebelum majlis, pengetua memaklumkan cuti tidak diluluskan kerana ada mesyuarat PIBG.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiga minggu sebelum majlis baru diberitahu tak boleh, sedangkan kad jemputan sudah diedarkan,\u201d jelasnya lagi.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sinar Harian turut mendapatkan maklum balas daripada Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar, berhubung dakwaan tersebut.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Khalidah berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJPNS belum dapat membuat sebarang pengesahan terhadap kesahihan berita tersebut. Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu berkenaan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehingga pagi ini, kita belum menerima sebarang laporan atau aduan daripada mana-mana pihak mengenainya,\u201d katanya. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEREMBAN:\u00a0 Seorang guru didakwa tidak dapat meraikan hari bahagianya bersama pasangan selepas dikatakan tidak mendapat cuti kahwin kerana perlu menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kisah itu dikongsikan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4063,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[929,180,854,928],"class_list":["post-4061","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-dapat-cuti","tag-guru","tag-kahwin","tag-tak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4061","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4061"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4061\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4062,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4061\/revisions\/4062"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4061"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4061"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4061"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}