{"id":4049,"date":"2025-05-10T15:32:57","date_gmt":"2025-05-10T07:32:57","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4049"},"modified":"2025-05-10T15:35:22","modified_gmt":"2025-05-10T07:35:22","slug":"pelajar-parah-didakwa-dibelasah-beramai-ramai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=4049","title":{"rendered":"Pelajar parah didakwa dibelasah beramai-ramai"},"content":{"rendered":"\n<p>SEREMBAN: Akibat tersalah orang, pelajar tingkatan lima dipercayai dibelasah beramai-ramai hingga parah dalam kejadian di Paroi, di sini, awal pagi semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun, mengalami patah tulang pipi, patah tulang hidung, luka pada kepala, pendarahan mata dan kecederaan pada badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bapanya yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian dibelasah, berlaku pergaduhan pada 12.30 tengah malam yang tidak serius antara rakan anaknya di Taman Perwira namun anaknya tidak terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dia dimaklumkan salah seorang individu yang terbabit pergaduhan itu dikenali Adam terbabit kemalangan di Senawang ketika dalam perjalanan pulang selepas pergaduhan terbabit dan koma.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Adik-beradik Adam syak kemalangan berpunca daripada pergaduhan itu dan dakwa anak pun terbabit. Saya tidak pasti bagaimana mereka dapat maklumat dan dakwaan ini,&#8221; katanya ketika ditemui.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas lelaki berusia 50-an itu, apa yang menyebabkannya kecewa adalah mereka mengambil tindakan sendiri tanpa usul periksa dan memperlakukan anaknya tanpa belas kasihan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Adik-beradik Adam, kumpul dengan rakan dan mula membawa anak serta tiga lagi remaja secara bergilir-gilir. Anak saya orang yang terakhir dibawa menaiki kereta ke satu lokasi di Paroi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di dalam kereta, dia dipukul dan setibanya di Paroi, kira-kira 20 lelaki berusia 20-an sedang menunggu. Dia dipukul beramai-beramai sehingga terkencing dalam seluar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas dibelasah, anak saya dibawa berjumpa dengan keluarga Adam dan kebetulan terdapat beberapa kawan Adam yang berada di lokasi pergaduhan awal (dan) mengesahkan anak saya tidak terbabit,&#8221; katanya<\/p>\n\n\n\n<p>Dakwanya, selepas dimaklumkan demikian, keluarga Adam ada meminta maaf dan membawa anaknya ke klinik swasta untuk rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka tidak berani bawa ke hospital kerajaan. Saya difahamkan juga klinik swasta memberikan surat rujukan ke hospital, namun surat itu tidak diserahkan kepada anak saya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, anaknya menghubunginya pada 3 pagi selepas dihantar semula ke Taman Perwira, tetapi ketika itu hanya memaklumkan mahu tidur di rumah kawan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya pelik dan selepas didesak, anak mengaku terbabit kemalangan. Saya tidak bertanay lanjut kerana keadaannya tetapi ada rasa tidak kena, sehinggalah kira-kira 12.30 tengah hari semalam, guru sekolahnya menghubungi saya dan maklumkan yang anak sebenarnya tidak terbabit kemalangan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya buka telefon bimbit anak dan jumpa gambar dia dibelasah serta baca perbualan rakan-rakannya di dalam WhatsApp. Memang sah dibelasah dan saya terus buat laporan polis,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan doktor, kecederaan pada muka anaknya mungkin disebabkan objek, selain ditendang pada bahagian badan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya berharap pihak polis menyiasat perkara ini dengan telus dan membawa suspek ke muka pengadilan. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan masih menjalankan siasatan lanjut. &#8211; Harian Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEREMBAN: Akibat tersalah orang, pelajar tingkatan lima dipercayai dibelasah beramai-ramai hingga parah dalam kejadian di Paroi, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, mangsa berusia 17&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":4048,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[381,925,359],"class_list":["post-4049","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-cedera","tag-dibelasah","tag-pelajar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4049","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4049"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4049\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4050,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4049\/revisions\/4050"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4048"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4049"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4049"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4049"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}