{"id":3963,"date":"2025-05-07T19:51:01","date_gmt":"2025-05-07T11:51:01","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3963"},"modified":"2025-05-07T19:51:27","modified_gmt":"2025-05-07T11:51:27","slug":"abang-belon-saman-penguat-kuasa-dbkl-terima-laporan-perubatan-penuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3963","title":{"rendered":"Abang belon saman penguat kuasa DBKL, terima laporan perubatan penuh"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR:\u00a0 Penjual belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan saman sivil.<\/p>\n\n\n\n<p>Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tindakan undang-undang itu akan diambil terhadap anggota penguat kuasa DBKL yang terlibat dalam insiden pada 28 Mac lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Muhammad Rafique, pihaknya telah menghantar surat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd. Shari.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, surat itu turut dirujuk kepada Pengarah Undang-undang dan Pendakwaan DBKL serta Pengarah Bahagian Penguat Kuasa DBKL.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami secara rasmi memohon penama-penama pegawai penguat kuasa DBKL yang terlibat untuk dibekalkan nama dan pangkat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa berikutan terdapat keperluan mendesak untuk memulakan tindakan tindakan undang-undang sivil,\u201d katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Abang belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, tampil membuat laporan polis berhubung insiden terbabit pada 6 April lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhammad Zaimuddin dikatakan berisiko lumpuh akibat kecederaan pada tulang belakang berdasarkan nota discaj yang dikeluarkan bahagian ortopedik Hospital Sultan Idris Hospital, Serdang.<\/p>\n\n\n\n<p>Pegawai perubatan swasta, Dr. Hafidz Rizal dilaporkan berkata, Muhammad Zaimuddin yang dimasukkan ke hospital dari 2 Mac sehingga 4 April lalu didiagnos mengalami \u2018compression fracture T12\u2019 (saraf tulang belakang toraks).<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Mohamad Rafique berkata, pihaknya juga sudah menerima laporan penuh perubatan Muhammad Zaimuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, laporan itu mengesahkan kecederaan dialami anak guamnya, sekali gus menafikan tuduhan dia hanya berlakon.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSampai sekarang Abang Belon masih pakai alat bantuan sokongan. Dia juga mengalami gangguan stress pasca trauma (PTSD) dan sukar untuk tidur malam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga sedia pertimbang untuk tindakan terhadap pengguna media sosial yang fitnah Abang Belon, sama ada saman malu, ganti rugi dan sebagainya,\u201d jelasnya. &#8211; Utusan<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR:\u00a0 Penjual belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan saman sivil. Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tindakan undang-undang itu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3962,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,71],"tags":[528,468,529,685],"class_list":["post-3963","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-negara","tag-abang","tag-belon","tag-dbkl","tag-saman"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3963","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3963"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3963\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3964,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3963\/revisions\/3964"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3962"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3963"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3963"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3963"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}