{"id":3943,"date":"2025-05-07T13:39:09","date_gmt":"2025-05-07T05:39:09","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3943"},"modified":"2025-05-07T13:40:14","modified_gmt":"2025-05-07T05:40:14","slug":"dua-lelaki-edar-dadah-hampir-600kg-dihadapkan-ke-mahkamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3943","title":{"rendered":"Dua lelaki edar dadah hampir 600kg dihadapkan ke mahkamah"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin, 23 April lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tertuduh, Nik Khairil Shahruzie Nik Rozlan, 32, dan Muhamad Reduan Meor Hussin, 38, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli.<\/p>\n\n\n\n<p>Nik Khairil Shahruzie berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala Muhamad Reduan berdepan tiga pertuduhan di bawah akta sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut pertuduhan satu dan dua, mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine yang dianggarkan seberat 480.380 kilogram (kg) dan heroin 109.890kg di kawasan tebing Sungai Setiu, Setiu, jam 9 malam pada 23 April lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhamad Reduan turut didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan seberat 1.02 kg di tepi Pulau Tok Bilal di Setiu, jam 10 malam pada 23 April lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu boleh dihukum dibawa Seksyen 39 B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang daripada 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada sebarang jaminan ditawarkan sebelum mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Setiu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Najah Azhar.<\/p>\n\n\n\n<p>Nik Khairil Shahruzie diwakili peguam, Anasuha Atiqah Mat Saidi dan Mohd Izzat Hasizan manakala Muhamad Reduan diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Syameer Haziq Shaharuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Media sebelum ini melaporkan polis menumpaskan sindiket pengedaran antarabangsa terbesar apabila merampas dadah seberat 590.18kg bernilai lebih RM25 juta di dua lokasi berasingan di daerah Setiu. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine dan heroin, 23 April lalu. Tertuduh, Nik Khairil Shahruzie Nik Rozlan, 32, dan Muhamad Reduan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,71],"tags":[136,882,405,883,104],"class_list":["post-3943","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-negara","tag-dadah","tag-didakwa","tag-dua","tag-edar","tag-mahkamah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3943","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3943"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3943\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3944,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3943\/revisions\/3944"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3943"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3943"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3943"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}