{"id":3899,"date":"2025-05-06T10:57:34","date_gmt":"2025-05-06T02:57:34","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3899"},"modified":"2025-05-06T10:59:47","modified_gmt":"2025-05-06T02:59:47","slug":"maut-terkena-tembakan-senapang-buatan-sendiri-polis-tahan-6-lelaki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3899","title":{"rendered":"Maut terkena tembakan senapang buatan sendiri, polis tahan 6 lelaki"},"content":{"rendered":"\n<p>KUANTAN: Polis menahan enam lelaki semalam, susulan kematian rakan mereka berusia 62 tahun akibat terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika melakukan aktiviti pemburuan di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata mereka yang ditahan itu berusia antara 35 dan 67 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, lima laras senapang patah buatan sendiri dan satu laras senapang patah jenis Benelli Armi-Urbino bersama 25 butir peluru penabur turut dirampas untuk membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000,&#8221; katanya dalam kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Yahaya berkata, berdasarkan laporan, seorang lelaki berusia 54 tahun membuat laporan polis berkaitan kematian seorang lelaki selepas senapang patah buatan sendiri meletup.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, peluru itu terkena jari kelingking tangan kanan mangsa sebelum mengenai sisi dada sebelah kanan ketika keluar memburu bersama enam rakan di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam, mendapati punca kematian disebabkan &#8216;cedera akibat tembakan di dada&#8217; dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hasil siasatan lanjut, enam lelaki ditahan dan lima laras senapang patah buatan sendiri, satu laras senapang patah jenis Benelli Armi-Urbino serta 25 butir peluru penabur dirampas kerana terbabit dengan aktiviti pemburuan haram,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Yahaya berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang memiliki sebarang senjata api buatan sendiri atau pemilikan tanpa lesen sah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Susulan itu, individu yang memiliki senjata api buatan sendiri atau tanpa lesen sah perlu segera menyerahkan kepada polis sebelum tindakan tegas diambil,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Polis menahan enam lelaki semalam, susulan kematian rakan mereka berusia 62 tahun akibat terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika melakukan aktiviti pemburuan di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, kelmarin.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3898,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,71],"tags":[865,864,332],"class_list":["post-3899","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-negara","tag-buru","tag-senampang","tag-tembak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3899","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3899"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3899\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3900,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3899\/revisions\/3900"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3898"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3899"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3899"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3899"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}