{"id":3835,"date":"2025-05-04T10:42:16","date_gmt":"2025-05-04T02:42:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3835"},"modified":"2025-05-04T10:42:46","modified_gmt":"2025-05-04T02:42:46","slug":"pap-menang-pru2025-singapura-kekalkan-majoriti-dua-pertiga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3835","title":{"rendered":"PAP menang PRU2025 Singapura, kekalkan majoriti dua pertiga"},"content":{"rendered":"\n<p>SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Han Kok Juan bagi setiap bahagian pilihan raya dan disiarkan secara langsung di televisyen.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan turut boleh diakses menerusi laman sesawang Jabatan Pilihan Raya (ELD).<\/p>\n\n\n\n<p>PAP memperoleh kemenangan besar dengan 65.57 peratus undi popular, mencatat peningkatan lebih empat mata peratusan berbanding keputusan pada 2020.<\/p>\n\n\n\n<p>Lima kerusi dimenangi tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marine Parade\u2013Braddell Heights pada hari penamaan calon.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemenangan bergaya ini mencerminkan mandat kukuh kepada Perdana Menteri sementara merangkap Setiausaha Agung PAP, Lawrence Wong, yang mengetuai parti itu dalam pilihan raya umum buat kali pertama.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap pada sidang media selepas keputusan diumumkan, Lawrence berkata beliau merasa terharu dan berterima kasih atas mandat yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga berjanji akan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira siapa yang mereka undi, dengan rasa penuh rendah hati dan tanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, keputusan itu akan meletakkan Singapura dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi ketidaktentuan dunia, terutamanya apabila semua anggota utama pasukannya turut berjaya dipilih.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia satu isyarat yang jelas tentang kepercayaan, kestabilan dan keyakinan terhadap kerajaan anda. Tugas utama saya sekarang ialah membentuk Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya akan umumkan senarai Kabinet apabila sudah bersedia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>PAP bertanding di kesemua 33 bahagian pilihan raya, merangkumi 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dan 18 GRC.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU2020, PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi dengan 61.2 peratus undi.<\/p>\n\n\n\n<p>PRU2025 merupakan pilihan raya umum ke-19 di Singapura dan yang ke-14 sejak negara itu merdeka pada 1965. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen. Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3834,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71,48],"tags":[155,832,833],"class_list":["post-3835","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-politik","tag-menang","tag-pap","tag-singapura"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3835","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3835"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3835\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3836,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3835\/revisions\/3836"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3834"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3835"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3835"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3835"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}