{"id":3832,"date":"2025-05-04T10:35:21","date_gmt":"2025-05-04T02:35:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3832"},"modified":"2025-05-04T10:36:01","modified_gmt":"2025-05-04T02:36:01","slug":"gaji-sebenar-rakyat-malaysia-susut-tiga-kali-ganda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3832","title":{"rendered":"Gaji sebenar rakyat Malaysia susut tiga kali ganda"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM:\u00a0 Kadar gaji sebenar rakyat Malaysia telah menyusut hampir tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, berdasarkan pengiraan ringkas, gaji permulaan graduan universiti pada hari ini hanya sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan berbanding nilai gaji permulaan sebanyak RM1,300 sebulan diterimanya pada tahun 1984.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berpandangan, gaji setaraf untuk graduan universiti pada zaman sekarang sepatutnya mencecah RM7,000 hingga RM8,000 sebulan dengan mengambil kira kadar inflasi tahunan sebanyak lima peratus.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Itu bersamaan dengan kuasa beli sekitar RM300 hingga RM400 pada tahun 1980-an. Secara realiti, gaji kita sudah merosot sekurang-kurangnya tiga kali ganda.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika sistem pendidikan dan struktur ekonomi negara tidak dirombak, anak-anak kita berkemungkinan terpaksa bekerja sebagai buruh berkemahiran rendah,&#8221; katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Malaysia sebenarnya sudah lama berada dalam perangkap pendapatan sederhana dan isu gaji rendah bukan perkara terpencil, sebaliknya berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkait.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, faktor terlibat adalah kebergantungan kepada pekerja asing, kegagalan mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi dan berkualiti serta kelemahan sistem pendidikan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Majoriti pekerja asing di Malaysia berada dalam sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) seperti perladangan, perikanan, kilang, tapak pembinaan, restoran dan pekerjaan domestik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga 31 Disember 2024, jumlah tenaga kerja negara adalah seramai 16.78 juta orang dengan 14 peratus ataupun 2.37 juta orang terdiri dari pekerja asing.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kebanyakan pekerja asing yang diambil sejak beberapa dekad lalu berkemahiran rendah dan tidak berpengalaman, menjadikan kos pengambilan mereka lebih murah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Situasi terbabit memberi saingan terus kepada kumpulan berpendapatan rendah (B40) memandangkan gaji mereka tidak meningkat,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhammad berkata, Malaysia juga belum berjaya mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat disebabkan ekonomi kurang cekap dan tidak berskala besar, menyebabkan negara gagal cipta peluang pekerjaan berkualiti untuk graduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sistem pendidikan dan latihan kemahiran yang dilaksanakan juga dikhuatiri sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi memenuhi keperluan pasaran abad ke-21, sekali gus menjejaskan produktiviti dan daya saing negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semua isu terbabit adalah cerminan kepada sikap kerajaan yang masih teragak-agak dan terlalu berhati-hati untuk melakukan reformasi menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi, saya berpandangan, Malaysia wajar menghentikan kebergantungan kepada angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memberi tumpuan kepada struktur pekerjaan untuk memajukan ekonomi,&#8221; katanya. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM:\u00a0 Kadar gaji sebenar rakyat Malaysia telah menyusut hampir tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim. Beliau berkata, berdasarkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3831,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[607,831],"class_list":["post-3832","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-gaji","tag-susut"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3832","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3832"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3832\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3833,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3832\/revisions\/3833"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3831"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3832"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3832"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3832"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}