{"id":3475,"date":"2025-04-19T08:32:44","date_gmt":"2025-04-19T00:32:44","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3475"},"modified":"2025-04-19T08:33:53","modified_gmt":"2025-04-19T00:33:53","slug":"noktah-kemelut-pencerobohan-tanah-secara-haram-sultan-pahang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3475","title":{"rendered":"Noktah kemelut pencerobohan tanah secara haram &#8211; Sultan Pahang"},"content":{"rendered":"\n<p>KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan adalah suatu yang tragis dan menyakitkan apabila 14,494.908&nbsp;hektar tanah kerajaan&nbsp;negeri dice\u00adroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian serta pelbagai hasil bumi.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih malang titah baginda, 5,997.09 hektar hutan simpanan kekal (HSK) juga diceroboh, kononnya atas nama pertanian tetapi hakikatnya perompakan terbuka terhadap harta negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMasalah ini bukan baru bermula semalam. Ia telah berakar sejak lebih empat dekad lalu, ia berlaku tanpa pengetahuan beta. Namun, bukan niat beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan. Kita tidak mahu terus dibelenggu oleh bayang-bayang masa silam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMasalah ini bukan baru bermula semalam. Ia telah berakar sejak lebih empat dekad lalu, ia berlaku tanpa pengetahuan beta. Namun, bukan niat beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan. Kita tidak mahu terus dibelenggu oleh bayang-bayang masa silam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, kita berhasrat untuk menokhtahkan kemelut pencerobohan tanah secara haram ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiarlah kisah lalu itu menjadi pengajaran. Jika ada unsur rasuah, salah guna kuasa atau pengkhianatan terhadap amanah, biarlah Allah yang maha adil menentukan dan menjatuhkan hukumnya. Bagaimanapun, adalah menjadi hasrat dan pendirian kita bersama, sebagaimana sudah dipersetujui oleh kerajaan negeri untuk membuka lembaran baharu dengan pendekatan yang lebih mampan, adil dan menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan yang tidak sekadar menghukum, tetapi juga membina. Yang tidak hanya menamatkan pencerobohan, tetapi memulihkan semula maruah undang-undang serta menjana hasil kepada tanah negeri ini,\u201d titah baginda pada Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di sini semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda berbangga dan menzahirkan penghargaan atas usaha kerajaan negeri bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang mengambil tindakan tegas di lapangan termasuk membuat tangkapan, memotong pokok-pokok ditanam secara haram dan juga menutup lombong-lombong yang dibuka tanpa rasa malu dan takut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sultan Pahang menegaskan, seiring keputusan kerajaan negeri tersebut, tidak akan ada sebarang kelulusan baharu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri bagi mana-mana permohonan tanah yang sudah diceroboh secara haram.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi demi menjunjung kedaulatan undang-undang serta menjaga amanah kepada negeri dan rakyat. Tambahan pula, keadaan hari ini membimbangkan, apabila ada yang sengaja meniupkan api sentimen demi meraih simpati, seolah-olah pencerobohan ini satu bentuk perjuangan. Beta ingin mengingatkan, perjuangan yang bersandarkan kezaliman terhadap tanah hak milik negeri, tidak akan pernah sesekali mendapat restu beta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa lebih mendukacitakan, terdapat segelintir pihak termasuk individu yang seharusnya menjadi contoh dan pembela kepada undang-undang, sebaliknya memilih menyokong perbuatan yang tidak bertamadun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tindakan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej institusi, bahkan boleh menjejaskan kedaulatan pentadbiran negeri. Janganlah kerana kepentingan politik sempit, hukum diketepikan dan perbuatan salah dimuliakan,\u201d titah baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda turut mengingatkan pentadbir tanah di semua peringkat wajib menjadi benteng hadapan, bukan boneka yang diperalatkan. &#8211; Utusan<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan adalah suatu yang tragis dan menyakitkan apabila 14,494.908&nbsp;hektar tanah kerajaan&nbsp;negeri dice\u00adroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3474,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[142,690,692,691],"class_list":["post-3475","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-haram","tag-sultan-pahanh","tag-tanah","tag-teroka"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3475"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3477,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3475\/revisions\/3477"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3474"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}