{"id":3465,"date":"2025-04-18T14:35:26","date_gmt":"2025-04-18T06:35:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3465"},"modified":"2025-04-19T08:20:27","modified_gmt":"2025-04-19T00:20:27","slug":"litar-lumba-baharu-cadang-dibina-di-kemaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3465","title":{"rendered":"Litar lumba baharu cadang dibina di Kemaman"},"content":{"rendered":"\n<p><br \/>KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu sedang meneliti cadangan pembinaan kompleks sukan permotoran baharu di Kemaman sebagai usaha menyediakan kemudahan sukan yang lebih tersusun dan selamat kepada golongan belia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, cadangan itu dikemukakan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ia melibatkan kawasan seluas 138.280 hektar (341.696 ekar) di Lot PT 9040, Mukim Banggol yang terletak berhampiran Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Jalan Cheneh Bypass.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, lokasi berkenaan dikenal pasti strategik serta sesuai untuk dibangunkan sebagai kompleks sukan permotoran.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCadangan ini dikemukakan berdasarkan beberapa isu utama yang telah dikenal pasti, khususnya peningkatan kegiatan lumba haram kereta dan motosikal di kawasan setempat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, pembinaan litar ini dilihat sebagai langkah penyelesaian bagi menyediakan lokasi rasmi dan terkawal untuk penganjuran acara perlumbaan yang sah di sisi undang-undang.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, projek ini juga berpotensi menjadi platform untuk mengumpulkan peminat sukan permotoran serta mengenal pasti bakat- bakat baharu dalam kalangan belia,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjawab soalan Riduan Mohamad Nor (PAS-Jerteh) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Riduan minta menyatakan sejauh mana Kerajaan Negeri Terengganu mengenal pasti kawasan baru bagi pembangunan kompleks litar lumba bagi anak muda di daerah-daerah selain Kuala Nerus.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, pembinaan litar itu juga berpotensi merancakkan sektor pelancongan sukan dan menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam bidang permotoran.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari sudut ekonomi, pelaksanaan projek ini dijangka mampu merancakkan aktiviti pelancongan tempatan melalui penganjuran program-program berasaskan pelancongan sukan,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, permohonan rasmi telah dikemukakan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) dan seterusnya dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 4 Oktober 2020, 14 Disember 2021 dan 4 Jun 2023.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, katanya, cadangan projek itu tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan persekutuan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri akan meneliti semula cadangan pembangunan litar permotoran dengan lebih menyeluruh termasuk di daerah-daerah lain selain aspek impak sosial serta pendekatan pelaksanaan yang lebih holistik dan berdaya maju,\u201d katanya. &#8211; Harakahdaily<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu sedang meneliti cadangan pembinaan kompleks sukan permotoran baharu di Kemaman sebagai usaha menyediakan kemudahan sukan yang lebih tersusun dan selamat kepada golongan belia. Pengerusi Jawatankuasa&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51,53],"tags":[541,306,687,688],"class_list":["post-3465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","category-sukan","tag-bina","tag-kemaman","tag-litar","tag-lumba"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3466,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3465\/revisions\/3466"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}