{"id":3420,"date":"2025-04-16T20:41:20","date_gmt":"2025-04-16T12:41:20","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3420"},"modified":"2025-04-16T20:42:33","modified_gmt":"2025-04-16T12:42:33","slug":"pemuda-umno-mahu-akhbar-sin-chew-daily-dikenakan-tindakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3420","title":{"rendered":"Pemuda UMNO mahu akhbar Sin Chew Daily dikenakan tindakan"},"content":{"rendered":"\n<p>MELAKA: Pemuda UMNO mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit dalam penerbitan akhbar Sin Chew Daily, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata meskipun permohonan maaf sudah dibuat pihak pengurusan syarikat akhbar itu, namun ia tidak mencukupi kerana kesilapan mereka membabitkan kedaulatan serta maruah negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau mahu Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengambil tindakan sebagai pengajaran pihak lain supaya tidak melakukan perkara serupa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Isu ini serius kerana yang membabitkan kedaulatan negara. Jadi, saya mohon Menteri Komunikasi tolong ambil tindakan syarikat akhbar berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Takkan didiamkan saja kerana bagi saya ia adalah satu penghinaan, apatah lagi dilakukan oleh akhbar yang sudah lama bertapak di negara ini,&#8221; katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosialnya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, akhbar Sin Chew Daily berdepan kritikan hebat selepas menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Insiden itu berlaku sempena liputan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, di mana bendera Malaysia dipaparkan bersama bendera China dalam ilustrasi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesilapan itu mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk kecuaian dan tindakan yang tidak sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu, pihak Sin Chew Daily mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekhilafan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan terhadap akhbar terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata siasatan dilakukan selepas PDRM menerima tiga laporan polis berhubung perkara itu. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Pemuda UMNO mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit dalam penerbitan akhbar Sin Chew Daily, semalam. Ketuanya,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3419,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[662,567,165,658,657,663],"class_list":["post-3420","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-akhbar","tag-akmal","tag-bulan","tag-gemilang","tag-jalur","tag-sabit"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3420","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3420"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3420\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3421,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3420\/revisions\/3421"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3419"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3420"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3420"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3420"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}