{"id":3405,"date":"2025-04-16T19:54:21","date_gmt":"2025-04-16T11:54:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3405"},"modified":"2025-04-16T19:55:53","modified_gmt":"2025-04-16T11:55:53","slug":"kesilapan-papar-gambar-jalur-gemilang-tanpa-bulan-sabit-tak-boleh-diterima-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3405","title":{"rendered":"Kesilapan papar gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tak boleh diterima &#8211; Agong"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka depan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, semalam, tidak boleh diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Titah Sultan Ibrahim, bendera negara adalah lambang kedaulatan dan identiti sesebuah negara yang tidak boleh dipersendakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda bertitah, bendera bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, sebaliknya ia mewakili perjuangan, sejarah, kemerdekaan dan semangat rakyat jelata.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p><br>&#8220;Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,&#8221; titah baginda dalam hantaran melalui Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Seri Paduka bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka serta menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/nasional\/2025\/04\/1385292\/isu-jalur-gemilang-akhbar-sin-chew-daily-disiasat-serta-merta-kdn\">siasatan serta-merta<\/a>&nbsp;terhadap Sin Chew Daily kerana menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>KDN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihak Sin Chew Daily sudah dipanggil, hari ini, bagi tujuan siasatan dan Surat Tunjuk Sebab turut diserahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Akta 414) serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, akhbar Sin Chew Daily berdepan kritikan hebat selepas menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ilustrasi berkenaan, Jalur Gemilang dipaparkan bersama bendera China sempena liputan Lawatan Negara ke Malaysia oleh Presiden China, Xi Jinping.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesilapan itu mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kecuaian dan tindakan tidak sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu, pihak Sin Chew Daily mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan itu, kegagalan memaparkan bulan sabit dalam ilustrasi terbabit didakwa berpunca daripada kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka depan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, semalam, tidak boleh diterima.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3404,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[164,659,658,657],"class_list":["post-3405","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-agong","tag-bulan-sabit","tag-gemilang","tag-jalur"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3405","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3405"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3405\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3406,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3405\/revisions\/3406"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3404"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3405"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3405"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3405"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}