{"id":3401,"date":"2025-04-16T16:26:14","date_gmt":"2025-04-16T08:26:14","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3401"},"modified":"2025-04-16T19:52:52","modified_gmt":"2025-04-16T11:52:52","slug":"siasat-pembinaan-kuil-dekat-surau-perkim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3401","title":{"rendered":"Siasat bina kuil dekat surau PERKIM"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu mencadangkan siasatan terperinci terhadap pembinaan sebuah kuil berdekatan surau PERKIM di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusinya, Prof. Dr. Ramle Abdullah berkata, siasatan itu melibatkan status<br \/>tanah, kelulusan dan pematuhan undang-undang berhubung pembinaan kuil tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bertindak tegas dan adil terhadap<br \/>sebarang pembinaan haram, tanpa tunduk kepada tekanan atau sentimen<br \/>perkauman.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami juga mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan mewujudkan pelan<br \/>induk pembangunan rumah ibadat yang lebih tersusun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pembangunan tersebut perlu mengambil<br \/>kira sensitiviti lokasi,kepadatan penduduk dan peranan institusi sekelling. Ini kerana, perlu ada satu mekanisme tetap di bawah kerajaan Pusat untuk menangani isu-isu sensifiviti lokasi rumah ibadat secara berstruktur dan mengikut lunas perundangan,&#8221; katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, media melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil tindakan tegas termasuk merobohkan binaan sebuah kuil berdekatan Jalan Ipoh, di sini, yang didakwa tidak mendapat kebenaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Yang Dipertua PERKIM, Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee&nbsp;Abdullah berkata, pembinaan kuil itu mengundang keresahan khususnya dalam kalangan umat Islam setempat memandangkan dibangunkan kurang 10 meter dari surau PERKIM.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Ramle menambah, PERKIM sentiasa berpegang kepada prinsip dakwah Islam yang penuh hikmah dan bertoleransi,<br \/>namun prinsip ini tidak bermakna pihaknya akan berdiam diri apabila berlaku pencabulan terhadap ruang dakwah Islam yang sah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami menegaskan bahawa toleransi tidak harus menjadi lesen untuk membelakangi undang-undang atau mencabar kesabaran masyarakat majoriti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yang menjunjung nilai keamanan serta keadilan supaya berdiri bersama dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang,&#8221; ujarnya. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Terengganu mencadangkan siasatan terperinci terhadap pembinaan sebuah kuil berdekatan surau PERKIM di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pengerusinya, Prof. Dr. Ramle Abdullah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3400,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[541,656,655,603],"class_list":["post-3401","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-bina","tag-dekat","tag-kuil","tag-masjid"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3401","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3401"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3401\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3403,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3401\/revisions\/3403"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3400"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3401"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3401"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3401"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}