{"id":3299,"date":"2025-04-13T10:59:26","date_gmt":"2025-04-13T02:59:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3299"},"modified":"2025-04-13T11:01:16","modified_gmt":"2025-04-13T03:01:16","slug":"tco-sah-selagi-tidak-sekat-pergerakan-peguam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3299","title":{"rendered":"TCO sah selagi tidak sekat pergerakan &#8211; Peguam"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM: Pemantauan terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik atau sesiapa yang dilabel sebagai individu di bawah kawalan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) adalah sah daripada segi undang-undang selagi tidak menyekat hak mereka untuk bergerak dengan bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Peguam, Mohamad Haziq Mohamad Asman berkata, tindakan memantau itu hanya menyalahi undang-undang jika ia menyekat seseorang daripada bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa alasan yang kukuh<\/p>\n\n\n\n<p><br>Beliau berkata, seseorang individu mempunyai hak dan kebebasan untuk bergerak dengan bebas tertakluk kepada undang-undang berhubung keselamatan awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengikut undang-undang, ia tidak salah dan sah untuk membuat pemantauan selagi TCO tidak menghalangnya untuk bergerak ke mana-mana.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan situasi yang berlaku kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, beliau tidak dihalang atau disekat bergerak ke mana-mana. Melainkan kalau beliau masuk ke Sabah dan Sarawak yang memerlukan kebenaran kerana kuasa autonomi imigresen yang dimiliki oleh dua negeri berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelagi juga seseorang itu tidak melanggar atau menggugat keselamatan negara, jadi ia masih tidak salah untuk gunakan TCO,\u201d katanya kepada Sinar Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, mengulas berkenaan kuasa autonomi imigresen Sabah dan Sarawak, Mohamad Haziq berkata, kedua-dua negeri berkenaan memang memerlukan kebenaran pas sempadan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas melepasi pas sempadan barulah JIM akan cop pada dokumen perjalanan. Sabah dan Sarawak memang mempunyai hak untuk memantau pergerakan seseorang individu dalam wilayah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p><br>\u201cIa pernah berlaku pada 2016 ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak, apabila pembangkang atau ahli politik tertentu tidak dibenarkan masuk kerana negeri itu mempunyai kuasa untuk menghalang,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau sendiri tidak terkecuali daripada penguatkuasaan TCO yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa sempadan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Anwar, tindakan tersebut bukan hanya terhad kepada tokoh pembangkang atau individu tertentu, sebaliknya turut melibatkan semua kenamaan termasuk dirinya selaku ketua kerajaan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Melalui sistem keselamatan negara, TCO ialah bentuk penandaan terhadap individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu walaupun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM: Pemantauan terhadap mana-mana individu termasuk ahli politik atau sesiapa yang dilabel sebagai individu di bawah kawalan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) adalah sah daripada segi undang-undang selagi tidak menyekat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3298,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71,48],"tags":[609,608,571],"class_list":["post-3299","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-politik","tag-pergerakan","tag-sah","tag-tco"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3299"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3300,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3299\/revisions\/3300"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}