{"id":3052,"date":"2025-04-06T20:38:19","date_gmt":"2025-04-06T12:38:19","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3052"},"modified":"2025-04-06T20:41:29","modified_gmt":"2025-04-06T12:41:29","slug":"penjual-belon-buat-laporan-polis-pertama-dakwa-dipukul-dikasari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3052","title":{"rendered":"Penjual belon buat laporan polis pertama dakwa dipukul, dikasari"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Penjual belon, Muhamad Za&#8217;imuddin Azlan, hari ini tampil membuat laporan polis pertama berhubung insiden kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di sini, pada malam 28 Mac lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhamad Za&#8217;imuddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selepas menjalani rawatan akibat kecederaan tulang di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bermula 29 Mac hingga kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata sebelum ini ada beberapa laporan polis dibuat tetapi bukan dibuat oleh Muhamad Za&#8217;imuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Muhammad Rafique mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan Muhamad Za&#8217;imuddin memiliki 13 rekod jenayah lampau yang selalunya digunakan sebagai faktor pemberatan pihak pendakwa raya yang menginginkan hukuman lebih tinggi terhadap kes bakal dihadapi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun ada kes lampau, dah masuk penjara ke, atau dah kena hukuman denda ke, itu tidak langsung menghalalkan sebarang perbuatan yang melampaui oleh mana-mana orang terutamanya pihak penguat kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Adakah kerana dia (Muhamad Za&#8217;imuddin) ini hina sangat, dah jadi penjenayah sangat, maka dia boleh diperlakukan sebegitu rupa,&#8221; katanya dalam sidang media selepas menemani Muhamad Za&#8217;imuddin membuat laporan polis di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ada netizen turut mempersoalkan kononnya kecederaan yang dialami Muhamad Za&#8217;imuddin seperti patah tulang dan patah pinggang adalah lakonan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, tindakan membuat laporan polis bukanlah semata-mata untuk diri Muhamad Za&#8217;imuddin tetapi juga sebagai satu tindakan peringatan kepada semua pihak penguat kuasa yang berasakan mereka mempunyai kuasa penguatkuasaan supaya tidak sesekali bertindak melampaui tugas sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun ada kes lampau, dah masuk penjara ke, atau dah kena hukuman denda ke, itu tidak langsung menghalalkan sebarang perbuatan yang melampaui oleh mana-mana orang terutamanya pihak penguat kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Adakah kerana dia (Muhamad Za&#8217;imuddin) ini hina sangat, dah jadi penjenayah sangat, maka dia boleh diperlakukan sebegitu rupa,&#8221; katanya dalam sidang media selepas menemani Muhamad Za&#8217;imuddin membuat laporan polis di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ada netizen turut mempersoalkan kononnya kecederaan yang dialami Muhamad Za&#8217;imuddin seperti patah tulang dan patah pinggang adalah lakonan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, tindakan membuat laporan polis bukanlah semata-mata untuk diri Muhamad Za&#8217;imuddin tetapi juga sebagai satu tindakan peringatan kepada semua pihak penguat kuasa yang berasakan mereka mempunyai kuasa penguatkuasaan supaya tidak sesekali bertindak melampaui tugas sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pada 18 April ini, Muhamd Za&#8217;imuddin bakal menjalani pembedahan penyakit hernia yang dihadapinya namun ia terpaksa ditunda akibat kesan kecederaan tulang akibat insiden 28 Mac lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Doktor juga menyatakan, jika dikira tahap kesakitan dialami Muhamad Za&#8217;imuddin pada skala 10, kesakitannya pada masa ini berada antara skala 8 dan 9 sehingga dia diberikan cuti sakit sehingga 48 hari. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Penjual belon, Muhamad Za&#8217;imuddin Azlan, hari ini tampil membuat laporan polis pertama berhubung insiden kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di sini, pada malam 28 Mac&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3051,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,71],"tags":[528,468,381,529],"class_list":["post-3052","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-negara","tag-abang","tag-belon","tag-cedera","tag-dbkl"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3052","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3052"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3052\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3053,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3052\/revisions\/3053"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3051"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3052"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3052"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3052"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}