{"id":3041,"date":"2025-04-06T08:58:49","date_gmt":"2025-04-06T00:58:49","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3041"},"modified":"2025-04-06T09:05:15","modified_gmt":"2025-04-06T01:05:15","slug":"satu-kampung-10-penghuni","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=3041","title":{"rendered":"Satu kampung 10 penghuni"},"content":{"rendered":"\n<p>PASIR SALAK: Kampung Bandar yang terletak di pinggir Sungai Perak, di sini, masih meriah walaupun hanya dihuni 10 penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Azman Basir, 60, berkata, penduduknya membabitkan empat wanita dan enam lelaki berusia 30 hingga 80 tahun yang mendiami enam rumah kayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, situasi itu terjadi kerana ramai penduduk asal berpindah ke kawasan baharu berikutan Kampung Bandar kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Banjir berlarutan sejak lama dan ia umpama rutin tahunan kerana kedudukan kampung kami betul-betul di pinggir Sungai Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada 2014, 40 penduduk dipindahkan ke Taman Tan Sri Megat di Bukit Chawi kira-kira tujuh kilometer (km) dari sini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun, mereka masih kerap datang ke sini kerana bekerja di kebun sawit selain menjadi nelayan darat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercerita lanjut, Azman berkata, lantai rumah kayu tradisional penduduk dibina tinggi daripada permukaan tanah bagi meminimumkan kerosakan akibat banjir yang kerap melanda.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun dibina tinggi, banjir dahsyat pada 1964 dan 2014 menyaksikan paras air banjir setinggi lima kaki (sekitar 1.52 meter) hingga mencecah lantai rumah, menyebabkan ramai penduduk berpindah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, ejaan asal kampung itu sebenarnya adalah &#8216;Bandau&#8217; yang bermaksud pelabuhan kerana pernah menjadi kawasan laluan perdagangan sekitar abad ke-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Azman berkata, antara bangunan lama masih wujud di kampung itu adalah Masjid Al-Madinah yang dibina pada 1890.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"585\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/screenshot_20250406_084948_facebook6650893576010252542-1024x585.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-3040\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/screenshot_20250406_084948_facebook6650893576010252542-1024x585.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/screenshot_20250406_084948_facebook6650893576010252542-300x171.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/screenshot_20250406_084948_facebook6650893576010252542-768x439.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/screenshot_20250406_084948_facebook6650893576010252542.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Malahan, kawasan ini pernah menjadi pusat pemerintahan negeri serta menempatkan makam Sultan Perak ke-15, Sultan Iskandar Dzulkarnain (mangkat 1765) dan Sultan Perak ke-21, Sultan Shahabuddin Riayat Shah (mangkat 1851) masing-masing di Pulau Indera Sakti dan Kampung Tanjung Penangguh dalam Mukim Bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, terdapat juga makam Mufti Perak pertama, Muhammad Zain Muhammad Amin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dahulu, kampung ini pernah menempatkan balai penghulu dan klinik kesihatan, namun kedua-dua dipindahkan ke Bukit Chawi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bangunan kerajaan yang tinggal hanya Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar yang mempunyai tujuh guru serta 10 murid.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka tinggal di Bukit Chawi, namun bertugas dan bersekolah di sini. Jika sekolah ini tidak berfungsi, kampung ini mungkin &#8216;terkubur&#8217;,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Azman berkata, oleh sebab jumlah pemastautin lelaki di kampung itu tidak melepasi syarat, mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Bukit Chawi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, setiap kali Aidilfitri, Masjid Al-Madinah bertukar meriah kerana ratusan anak perantau pulang untuk solat sunat Aidilfitri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun kampung ini kurang penduduk, tetapi kami berusaha menarik pelancong melawat kampung yang kaya dengan sejarah dan sumber perikanan agar tidak ketinggalan,&#8221; katanya. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PASIR SALAK: Kampung Bandar yang terletak di pinggir Sungai Perak, di sini, masih meriah walaupun hanya dihuni 10 penduduk. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bandar Azman Basir, 60, berkata,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3044,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71,1],"tags":[135,310,525],"class_list":["post-3041","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-uncategorized","tag-edaezrin","tag-penjara","tag-pilyaba"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3041","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3041"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3041\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3045,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3041\/revisions\/3045"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3044"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3041"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3041"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3041"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}