{"id":2985,"date":"2025-04-04T18:34:20","date_gmt":"2025-04-04T10:34:20","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2985"},"modified":"2025-04-04T18:34:27","modified_gmt":"2025-04-04T10:34:27","slug":"sah-wujud-aktiviti-mengorek-tanah-dekat-lokasi-letupan-paip-gas-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2985","title":{"rendered":"Sah, wujud aktiviti mengorek tanah dekat lokasi letupan paip gas &#8211; Polis"},"content":{"rendered":"\n<p>SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat aktiviti mengorek tanah dilakukan berhampiran lokasi letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights di sini, pada 30 Mac lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada kerja pengorekan tanah itu adalah punca kejadian terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, terdapat tiga unsur yang mungkin mendorong insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights itu membabitkan gas, udara dan percikan api.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, setakat ini seramai 56 saksi sudah dipanggil untuk menjalani sesi rakaman percakapan bagi membantu siasatan insiden terbabit.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"720\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/foto_media_sosial_kawah_17437598273409837601284840928.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2987\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/foto_media_sosial_kawah_17437598273409837601284840928.jpg 960w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/foto_media_sosial_kawah_17437598273409837601284840928-300x225.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/foto_media_sosial_kawah_17437598273409837601284840928-768x576.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Kerja mengorek tanah dibuat bagi menggantikan paip kumbahan, terletak kira-kira 30 meter (m) dari lokasi letupan. Namun, kita belum mengenal pasti sama ada mereka turut membuat kerja pada hari pertama Aidilfitri atau sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Berdasarkan keterangan saksi, eskavator yang dilihat pada hari terbabit dikatakan mahu dibawa keluar dari tapak projek, tetapi mereka dikatakan tidak sempat berbuat demikian.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Terdapat tiga paip gas natural yang membawa bahan berkenaan dari Terengganu ke selatan dan utara Semenanjung serta Thailand.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika kejadian, satu daripada tiga paip terbabit dikesan pecah, menyebabkan kebocoran gas yang mengakibatkan letupan terbabit,&#8221; katanya pada sidang media di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Shukri Ishak serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Wan Md Razzali Wan Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>BH Selasa lalu melaporkan kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, Selangor pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).<\/p>\n\n\n\n<p>Kebakaran saluran paip gas PETRONAS sepanjang 500m yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rentetan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kelmarin, melakukan penandaan terhadap struktur rumah terjejas bagi mengenal pasti tahap keselamatannya, sebelum pasukan penyiasat memulakan tindakan lanjut. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat aktiviti mengorek tanah dilakukan berhampiran lokasi letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights di sini, pada 30 Mac lalu. Bagaimanapun, Ketua&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2984,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[510,480,509],"class_list":["post-2985","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-bocor","tag-gas","tag-punca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2985","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2985"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2988,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2985\/revisions\/2988"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2984"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}