{"id":2885,"date":"2025-03-30T07:04:30","date_gmt":"2025-03-29T23:04:30","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2885"},"modified":"2025-03-30T07:05:17","modified_gmt":"2025-03-29T23:05:17","slug":"tak-wajar-berkasar-permudahkan-lesen-dan-lebih-prihatin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2885","title":{"rendered":"Tak wajar berkasar, permudahkan lesen dan lebih prihatin"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Ramai peniaga kecil cuba mencari rezeki setiap kali menjelang musim perayaan, tambahan pula dalam keadaan tekanan kos sara hidup dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah tidak wajar kekasaran digunakan oleh pihak penguat kuasa ke atas seorang penjaja tepi jalan yang kesalahannya hanyalah menjual belon.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah lebih prihatin, peka dan berhemah. Cubalah cari jalan untuk memudahkan peniaga-peniaga kecil mencari rezeki di musim-musim perayaan tertentu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLesen-lesen sementara boleh dikeluarkan untuk membolehkan mereka berniaga di tempat-tempat tertentu untuk suatu tempoh yang terhad.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melaksanakan inisiatif Wilayah Bebas Berniaga dengan mengeluarkan lesen-lesen sementara kepada para penjaja.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi suatu tempoh tertentu untuk memudahkan penjaja kecil menjalankan perniagaan di Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak Covid-19,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh, konsep yang sama boleh digunakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang sedang dihimpit oleh kenaikan kos sara hidup pada masa ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya kebenaran berniaga secara sementara ini, bolehlah rakyat menambah pendapatan untuk menyara hidup, yang penting ialah sikap prihatin kerajaan dalam membantu rakyat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila kerajaan prihatin, langkah-langkah tentu boleh diambil untuk memenuhi keperluan rakyat tanpa perlu mereka melanggar undang-undang untuk mencari rezeki sesuap nasi.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap insiden malang seperti ini tidak berulang lagi,\u201d katanya. &#8211; Harakahdaily<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Lebih 1 juta kenderaan perantau sudah masuk ke Kelantan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>KOTA BHARU: Dianggarkan lebih 1 juta kenderaan perantau sudah memasuki Kelantan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, semua kenderaan itu masuk ke negeri ini melalui tiga pintu utama iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sehubungan itu, seramai 128 pegawai dan anggota ditugaskan selama 24 jam di lokasi dikenal pasti sebagai \u2018blackspot\u2019 dan \u2018hot spot\u2019 kemalangan di seluruh negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebanyak 66 kawasan \u2018blackspot\u2019 dan 42 \u2018hot spot\u2019 kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan telah dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKawasan terlibat adalah Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Jeli,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyantuni petugas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di persimpangan lampu isyrat Jalan Wakaf Siku di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd. Yusoff memberitahu, anggota yang bertugas menerusi skuad khas akan melakukan rondaan menggunakan motosikal sepanjang musim perayaan untuk memastikan kelancaran aliran trafik.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pegawai dan anggota itu akan bertugas di seluruh Kelantan bermula pagi sehingga pukul 10 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kosmo! sebelum ini melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan menganggarkan sebanyak dua juta kenderaan akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Aidilfitri.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumpah itu berpandukan kepada statistik yang telah direkodkan pada tahun-tahun sebelum ini.&nbsp;&#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Ramai peniaga kecil cuba mencari rezeki setiap kali menjelang musim perayaan, tambahan pula dalam keadaan tekanan kos sara hidup dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat. Pengerusi Perikatan Nasional&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2884,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[468,435,467],"class_list":["post-2885","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-belon","tag-lesen","tag-peniaga"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2885","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2885"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2885\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2886,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2885\/revisions\/2886"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2884"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2885"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2885"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2885"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}