{"id":2871,"date":"2025-03-29T07:00:00","date_gmt":"2025-03-28T23:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2871"},"modified":"2025-03-29T07:01:52","modified_gmt":"2025-03-28T23:01:52","slug":"royalti-20-peratus-hipokrit-janji-anwar-manifesto-ph","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2871","title":{"rendered":"Royalti 20 peratus: Hipokrit janji Anwar, Manifesto PH"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang, Yusfarizal Yusoff menegaskan bahawa penggubalan Akta Laut Wilayah 2012 (ALW) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu bertujuan menafikan hak royalti bagi negeri Kelantan dan Terengganu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ALW yang mendefinisikan wilayah laut negeri hanya sehingga tiga batu nautika dari tanda air surut menyebabkan eksplorasi minyak di luar kawasan itu tidak lagi berada di bawah bidang kuasa negeri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAkta ini jelas sekali kontroversi. Ia adalah taktik BN ketika itu untuk menafikan royalti Kelantan dan Terengganu,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menegaskan bahawa ramai ahli akademik berpendapat ALW tidak sah kerana tidak melalui proses perkenan Majlis Raja-raja atau Sultan negeri terbabit, walaupun ia membabitkan kedaulatan wilayah sesebuah negeri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Bantahan di Parlimen<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dalam perbahasan Bacaan Kedua pada 18 April 2012, pembangkang membangkitkan bantahan terhadap ALW.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Yusfarizal berkata, PAS ketika itu, melalui beberapa figura yang kini berada dalam PAN, telah membangkitkan isu tafsiran ALW kerana dikatakan akan menjejaskan hak royalti Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya Allahyarham Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli yang dipetiknya ketika itu turut berhujah bersandarkan Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) dan menegaskan tuntutan Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau juga berkata: \u2018Yang Berhormat Mulia Gua Musang yang masih lagi menjadi saksi hidup, yang membina Akta 144, dokumen-dokumen yang kita kemukakan adalah jelas menunjukkan bahawa tidak ada halangan bagi Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak royalti itu kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan\u2019<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHatta Ramli juga berhujah: \u2018Isu tiga batu nautika ini menjadi hujah Kerajaan Pusat untuk menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan dalam menuntut royalti hasil-hasil barangan petroleum di laut Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2018Untuk berlaku adil, apakah tidak boleh semasa kita membentangkan rang undang-undang ini untuk menyelaraskan definisi ini supaya sama dengan definisi di bawah fasal 3(1) itu iaitu 12 batu nautika?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2018Dengan cara ini kita dapat memberikan keadilan kepada bukan hanya Kelantan tetapi mana-mana negeri yang ada hasil petroleum di luar pesisir pantai mereka dan tidak akan berlaku apabila pertukaran kerajaan nanti, akan berubah-ubah kedudukan definisi tersebut\u2019,\u201d katanya memetik perbahasan bekas pimpinan PAS itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Yusfarizal, bantahan terhadap ALW ketika itu timbul akibat kebimbangan ia akan menafikan hak royalti negeri, namun ia tetap diluluskan kerana BN memiliki majoriti di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFokus BN ketika itu kononnya untuk memelihara kedaulatan wilayah negara lantaran timbulnya isu-isu perebutan wilayah sempadan,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"275\" height=\"183\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/images-66883825399532679045.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-2873\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Pendirian Pakatan Harapan dan isu royalti<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjuat, beliau berkata pada 9 Ogos 2012, Pengerusi Pakatan Harapan, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan perlu berikan royalti secara tunai kepada negeri-negeri terlibat berdasarkan peruntukan dalam Akta Petroleum 1974.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKomitmen itu diulangi selepas Kerajaan PH mengambil alih Putrajaya. Manifesto Pakatan Harapan 2018 menyebut bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2018Serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2018Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri\u2019,\u201d katanya memetik ucapan Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Yusfarizal, pada ketika itu pendirian Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim jelas untuk memberikan royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar petroleum, walaupun ALW telah berkuat kuasa sejak 2012.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun beliau berkata, bahawa pendirian semasa adalah hipokrit kerana janji tersebut kini bertukar kepada bayaran Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang bukan sahaja tidak dibayar penuh seperti pentadbiran sebelumnya, malah \u2018perlu dituntut\u2019 dari semasa ke semasa.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Isu pindaan ALW oleh Kerajaan PN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas dakwaan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak meminda ALW dalam tempoh 33 bulan pemerintahannya, Yusfarizal menyifatkan hujah itu sebagai hipokrit.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ketika itu pendirian pembangkang dan Pakatan Harapan ialah komited untuk memberikan royalti 20 peratus, justeru tiada keperluan mendesak untuk meminda ALW.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerana disangkakan semuanya bersetuju dengan \u2018political will\u2019 yang ada yang boleh mengatasi ALW,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan pula, negara ketika itu sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, menyebabkan tumpuan kerajaan adalah untuk mengeluarkan negara daripada bahana wabak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehinggakan terpaksa menutup Parlimen lantaran daripada seriusnya wabak. Maka, untuk memberikan tumpuan ALW adalah tidak menepati \u2018fiqh keutamaan\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang lebih penting bukan persoalan kenapa Kerajaan PN tidak berbuat apa-apa selama 33 bulan, tetapi kenapa Kerajaan PH yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim tidak mengotakan janjinya sejak daripada 2012, Manifesto dan janji ketika memperolehi kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah-sudahlah memutarkan isu, kerana sejarah tidak akan pernah menipu,\u201d katanya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Negeri Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Seruan semakan ALW<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Yusfarizal, langkah terbaik adalah menyemak semula ALW, namun beliau memahami bahawa kerajaan negeri mahu mencari penyelesaian secara harmoni bersama Kerajaan Madani bagi manfaat rakyat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan mahkamah hanya akan memburukkan keadaan. Namun, sekiranya Kerajaan Negeri terus-terusan dibuli sebegini, maka saya kira, tindakan mahkamah mungkin perlu dikaji dan diambil kira,\u201d katanya. &#8211; Harakahdaily<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang, Yusfarizal Yusoff menegaskan bahawa penggubalan Akta Laut Wilayah 2012 (ALW) oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu bertujuan menafikan hak royalti bagi negeri Kelantan dan Terengganu.&nbsp;&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2870,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71,48],"tags":[461,295],"class_list":["post-2871","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-politik","tag-minyak","tag-royalti"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2871","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2871"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2874,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2871\/revisions\/2874"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2870"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}