{"id":2826,"date":"2025-03-26T07:36:47","date_gmt":"2025-03-25T23:36:47","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2826"},"modified":"2025-03-26T12:49:18","modified_gmt":"2025-03-26T04:49:18","slug":"tiga-parti-melayu-boleh-bentuk-kerajaan-baharu-jika-umno-terbuka-sedia-bergabung-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2826","title":{"rendered":"Tiga parti Melayu boleh bentuk kerajaan baharu jika UMNO terbuka, sedia bergabung \u2013 Hamzah"},"content":{"rendered":"\n<p>BENTONG: Tiga parti Melayu berpotensi membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika wujud keterbukaan dalam kalangan pemimpin UMNO untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, sekiranya UMNO bersedia bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), gabungan tersebut mampu memperoleh sokongan mencukupi bagi menubuhkan kerajaan tanpa perlu bergantung kepada pihak lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang betul. Kalau hari ini pemimpin UMNO benar-benar terbuka, mereka boleh bergabung dengan kita dan membentuk kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada PRU15 lalu, kita sudah ada 104 kerusi, hanya memerlukan lapan lagi untuk mendapat majoriti. Tetapi UMNO lebih memilih untuk bersama dengan Anwar Ibrahim kerana merasakan lebih menguntungkan mereka ketika itu. Sebab itu mereka tidak sanggup bekerjasama dengan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, jika UMNO sedia berunding, tidak ada salahnya untuk duduk semeja dan membincangkan masa depan negara yang lebih baik. Kita mahukan negara yang harmoni, bukan perpecahan,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersatu Bahagian Bentong di Janda Baik di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, penganalisis politik, Mujibu Abd Muis dilaporkan berkata, kerjasama tiga parti Melayu iaitu UMNO, Bersatu dan Pas mampunmenumbangkan Kerajaan Perpaduan pada PRU16 sekiranya tiga parti tersebut memilih untuk bergabung.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Hamzah menegaskan, perjuangan UMNO sepatutnya bukan hanya tentang kuasa tetapi juga memerdekakan pemikiran rakyat supaya keputusan politik tidak hanya menguntungkan kelompok elit semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada PRU15 lalu, kita sudah ada 104 kerusi, hanya memerlukan lapan lagi untuk mendapat majoriti. Tetapi UMNO lebih memilih untuk bersama dengan Anwar Ibrahim kerana merasakan lebih menguntungkan mereka ketika itu. Sebab itu mereka tidak sanggup bekerjasama dengan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, jika UMNO sedia berunding, tidak ada salahnya untuk duduk semeja dan membincangkan masa depan negara yang lebih baik. Kita mahukan negara yang harmoni, bukan perpecahan,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersatu Bahagian Bentong di Janda Baik di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, penganalisis politik, Mujibu Abd Muis dilaporkan berkata, kerjasama tiga parti Melayu iaitu UMNO, Bersatu dan Pas mampunmenumbangkan Kerajaan Perpaduan pada PRU16 sekiranya tiga parti tersebut memilih untuk bergabung.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Hamzah menegaskan, perjuangan UMNO sepatutnya bukan hanya tentang kuasa tetapi juga memerdekakan pemikiran rakyat supaya keputusan politik tidak hanya menguntungkan kelompok elit semata-mata. &#8211; Utusan<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BENTONG: Tiga parti Melayu berpotensi membentuk kerajaan baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika wujud keterbukaan dalam kalangan pemimpin UMNO untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2825,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71,48],"tags":[190,446,447],"class_list":["post-2826","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-politik","tag-bersatu","tag-hanzah","tag-parti"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2826","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2826"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2826\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2827,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2826\/revisions\/2827"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2825"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2826"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2826"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2826"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}