{"id":2700,"date":"2025-03-21T19:17:22","date_gmt":"2025-03-21T11:17:22","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2700"},"modified":"2025-03-21T21:12:59","modified_gmt":"2025-03-21T13:12:59","slug":"anggota-busking-dikambing-hitamkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=2700","title":{"rendered":"Anggota &#8216;busking&#8217; dikambing hitamkan?"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Kira-kira 50 anggota &#8216;busking&#8217; di negeri ini mendakwa mereka hilang mata pencarian menjelang Hari Raya Aidilfitri apabila dilarang membuat persembahan muzik jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan kerajaan negeri itu mengecewakan anggota &#8216;busking&#8217; terlibat kerana didakwa dilakukan secara tergesa-gesa.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih 90 peratus anggota di negeri ini dikatakan melakukan pekerjaan berkenaan secara sepenuh masa untuk menyara keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang anggota &#8216;busking&#8217; yang enggan mendedahkan identiti berkata, wakil kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sepatutnya memanggil mereka untuk berbincang sebelum keputusan tersebut diambil.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, mereka akur dengan keputusan tersebut tetapi kecewa kerana suara mereka tidak diambil kira sebelum surat larangan itu dikeluarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pihak berkuasa sepatutnya memberi peluang kepada mereka membuat persembahan dengan syarat-syarat baharu walaupun lebih ketat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sekurang-kurangnya mereka masih dapat mencari pendapatan untuk persiapan keluarga menyambut hari raya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sehubungan itu, kami merayu kerajaan negeri dapat memberi kebenaran semula untuk membuat persembahan walaupun terpaksa mematuhi syarat-syarat baharu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anggota busking itu menambah, mereka seperti dijadikan &#8216;kambing hitam&#8217; oleh kerajaan negeri berikutan menerima kecaman dengan penganjuran Program Pelita Raya Terengganu 2025, baru-baru ini yang didakwa diisi dengan program hiburan di bulan Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Untuk menutup kelemahan kerajaan negeri, anggota &#8216;busking&#8217; pula yang menjadi mangsa keadaan dengan larangan membuat persembahan menjelang hari raya,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, dilaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan Terengganu melarang semua aktiviti &#8216;busking&#8217; atau persembahan muzik jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, larangan itu berkuat kuasa mulai semalam hingga 30 Mac ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, peraturan itu bertujuan menghormati dan memelihara kemuliaan 10 malam terakhir Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perkara ini telah dimaklumkan kepada semua pemilik premis perniagaan dan pasar raya yang menjadi lokasi persembahan \u2018busking\u2019 di seluruh Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Surat juga telah dihantar kepada semua penganjur bazar Ramadan, pesta moreh dan bazar Aidilfitri seluruh Terengganu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Sukairi berkata, mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan berkenaan akan berdepan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak menghormati dan mematuhi peraturan ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terengganu sebelum ini mengarahkan semua aktiviti persembahan muzik jalanan hanya dijalankan selepas solat tarawih dengan pemilihan lagu berunsur ketuhanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan pula hanya membabitkan penyanyi lelaki manakala golongan wanita dilarang keras daripada terlibat dalam aktiviti terbabit. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Kira-kira 50 anggota &#8216;busking&#8217; di negeri ini mendakwa mereka hilang mata pencarian menjelang Hari Raya Aidilfitri apabila dilarang membuat persembahan muzik jalanan pada 10 malam terakhir Ramadan. Keputusan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2699,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[407,408,410,409],"class_list":["post-2700","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-busking","tag-dilarang","tag-muzik","tag-persembahan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2700","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=2700"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2700\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2706,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/2700\/revisions\/2706"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/2699"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=2700"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=2700"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=2700"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}